JOHOR NEGERI PERTAMA TUBUH JAWATANKUASA KHAS ANTI-BULI

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor hadir Mesyuarat Penyelarasan Kempen Anti-Buli dan Tindakan di Negeri Johor yang disertai pelbagai jabatan serta agensi. | Foto FB Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Johor tampil ke hadapan dengan penuh komitmen apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor sebagai usaha agresif dan bersepadu untuk memastikan masalah buli dapat ditangani dengan lebih berkesan.

 

Penubuhan jawatankuasa khas berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor berikutan isu buli yang semakin menular serta membimbangkan hingga memerlukan langkah segera dan tindakan menyeluruh sejak kebelakangan ini.

 

Selain itu, kempen berfasa dan program intervensi di semua institusi pendidikan khususnya sekolah akan dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan mendidik pelajar dengan penglibatan seluruh ekosistem pendidikan.

 

Kempen dan program dengan pembabitan guru, ibu bapa serta masyarakat tersebut diharapkan memberi impak besar ke seluruh negeri ini, sekali gus melindungi anak-anak Johor dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.

 

Kerajaan Negeri melihat buli bukan sekadar isu kecil, sebaliknya perbuatan yang menjejaskan orang lain sama ada secara fizikal, mental atau emosi hingga menyebabkan kecederaan dan trauma mendalam terhadap mangsa.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor hadir Mesyuarat Penyelarasan Kempen Anti-Buli dan Tindakan di Negeri Johor yang disertai pelbagai jabatan serta agensi, semalam.

 

#JohorSafeZone
#AntiBuli
#KamiBenciBuli
#StandUpSpeakUp
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor