ZIARAH KASIH UKIR SENYUMAN KELUARGA PESARA TENTERA DI KAMPUNG PAYA

YB Tuan Haji Abd. Mutalip Abd. Rahim, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Layang-Layang mengetuai Ziarah Kasih ke kediaman Rahman Thomarjo di Kampung Paya, Layang-Layang. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#Kluang – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) dengan pengisian Ziarah Kasih mengukir senyuman keluarga Rahman Thomarjo, 61, di Kampung Paya, Layang-Layang apabila menerima kunjungan wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat.

 

Pesara tentera kali terakhir berkhidmat di Kem Tebrau yang tinggal bersama enam ahli keluarga tersebut tidak menyangka kediamannya akan diziarahi menerusi program yang menjadi penghubung kepimpinan negeri dengan rakyat di seluruh pelusuk negeri.

 

Lebih menyentuh hati, Rahman diuji dengan dugaan berat apabila anak perempuannya, Farah Diana Abdul Rahman, 26, terlantar hampir setahun lapan bulan akibat kemalangan jalan raya di Sungai Mati, Tangkak dalam kejadian pada Januari tahun lalu.

 

Bagi meringankan beban keluarga, Farah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membantu menampung kos perbelanjaan susu serta keperluan harian.

 

Rahman menzahirkan rasa syukur dan terharu atas perhatian serta bantuan diberikan malah memuji penganjuran program JOJ kerana mendekatkan rakyat dengan pemimpin, menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi dan medium menyalurkan bantuan.

 

Selain itu, beliau turut menyanjung tinggi usaha dilakukan Mohd Sabirin Saban, Ketua Kampung Paya Layang-Layang dan Omar Pardi, Penghulu Mukim Layang-Layang yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat serta menghubungkan terus penduduk dengan agensi berkaitan.

 

Terdahulu, YB Tuan Haji Abd. Mutalip Abd. Rahim, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Layang-Layang mengetuai konvoi bermotosikal JOJ menziarahi kediaman Rahman di Kampung Paya Layang-Layang. Hadir sama, YBhg. Puan Hajah Azurawati Wahid, Pegawai Daerah Kluang dan YBhg. En. Mohd Fa’iz Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.

 

#JohorSafeZone
#JelajahOrangJohor
#ZiarahKasih
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor