JOHOR AGRESIF LAHIR GENERASI MUDA HADAPI CABARAN DIGITAL

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan perasmian Karnival MSN 2025 Zon Selatan di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. | Foto FB Aznan Tamin

 

#Muar – Kerajaan Negeri komited dalam melahirkan generasi muda menguasai
kemahiran berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri (IR) 4.0.

 

Komitmen berkenaan diterjemahkan melalui pelbagai program pendidikan, latihan dan inovasi termasuk Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2025 Zon Selatan yang mengiktiraf usaha negeri memupuk minat STEM dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

 

Kerajaan Negeri turut menggerakkan tiga inisiatif utama seperti Johor Skills Hub, program ‘coding’ dan robotik di sekolah selain bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT) bagi menghasilkan inovasi termasuk dron pertanian serta teknologi tenaga boleh baharu.

 

Selain itu, Projek Living Lab Muar yang digerakkan oleh Pejabat Daerah Muar dan Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama pelbagai agensi berkaitan berjaya membuka peluang kepada anak muda dan usahawan di negeri ini, menguji idea pertanian pintar, teknologi kitar semula dan bioteknologi sehingga berpotensi untuk dipasarkan.

 

Pendekatan kerjasama ‘quadruple helix’ melibatkan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, industri, komuniti dan ibu bapa juga diyakini mampu memperkukuh ekosistem STEM di Johor sekali gus mendukung aspirasi melahirkan generasi kreatif, inovatif serta berdaya saing yang bersedia menghadapi cabaran dunia digital serta tuntutan IR 4.0.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan perasmian Karnival MSN 2025 Zon Selatan di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, semalam.

 

#JohorSafeZone
#MingguSainsNegara
#PendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor