PALUAN KOMPANG SEMARAKKAN LAGI JELAJAH ORANG JOHOR DUN PARIT YAANI

Kompang Ikatan Bersatu Warisan Parit Raja muncul juara Pertandingan Kompang sempena Karnival Gema Beroleh. | Foto MDJ Wira Anggara
#BatuPahat – Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Parit Yaani dimeriahkan lagi dengan pertandingan kompang melibatkan 11 kumpulan di Batu Pahat bersempena Karnival Gema Beroleh yang menjadi platform memartabatkan seni tradisional Melayu.
Pertandingan dianjurkan bertujuan untuk memastikan seni berkenaan kekal relevan dan terus diminati masyarakat khususnya orang muda, lebih-lebih lagi Batu Pahat adalah johan pertandingan kompang di peringkat negeri, sejak 2015 hingga kini.
Bagi Mohd Nizam Talib, 55, yang juga tenaga pengajar kompang di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberitahu pertandingan tersebut menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri mengangkat seni kompang di peringkat negeri hingga ke antarabangsa.
Pertandingan yang menumpukan elemen kesediaan kumpulan, lagu dan irama, gaya persembahan serta teknik paluan dalam penilaian itu mendapat sambutan orang muda bukan sahaja Melayu, malah Cina dan India yang turut mengambil bahagian.
Sementara itu, Muhammad NurAiman Hazim Sh Mohad, 20, bersyukur atas kemenangan kumpulan diwakilinya iaitu Kompang Ikatan Bersatu Warisan Parit Raja walaupun tidak menyangka kerana hanya sempat menjalani latihan dalam tempoh seminggu.
Kompang Ikatan Bersatu Warisan Parit Raja menjuarai pertandingan kompang sempena Karnival Gema Beroleh diikuti pasukan Kompang Gabungan Seni Batu Pahat di tempat kedua dan Kompang Sinar Harapan di tempat ketiga.
#JelajahOrangJohor
#KarnivalGemaBeroleh
#DUNParitYaani
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor