JS-SEZ REKOD PELABURAN DILULUSKAN RM37 BILION SEPARUH PERTAMA 2025

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa (MOA) ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Putrajaya. | Foto FB Anwar Ibrahim

 

#IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM37 bilion bagi separuh pertama tahun ini.

 

Perkembangan positif direkodkan yang bersamaan dengan 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan di Negeri Johor bernilai RM56 bilion itu menterjemahkan momentum luar biasa JS-SEZ dalam menarik pelaburan strategik antarabangsa, jelas YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

 

Selain itu, Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) di Forest City sehingga kini turut berjaya menarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran nilai pelaburan berjumlah RM29.51 bilion.

 

Perdana Menteri juga menegaskan pembangunan di Iskandar Malaysia perlu diselarikan dengan penyediaan kemudahan asas mencukupi agar kemajuan wilayah tersebut bersifat inklusif bagi memastikan tiada kelompok masyarakat terpinggir daripada arus kemakmuran.

 

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa (MOA) ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang turut meneliti kemajuan pelaksanaan JS-SEZ termasuk sektor berpotensi, kesan pelaburan semasa dan langkah memperkukuh fasilitasi pelaburan khususnya melalui Zon Kewangan Khas di Forest City (FCSFZ).

 

Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara serta YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd. Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

 

#JohorSafeZone
#JohorHomeOfChampions
#IskandarMalaysia
#JSSEZ
#FCSFZ
#IMFCJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor