KELAS LESTARI SENI BUDAYA JOHOR TERUS PELIHARA WARISAN SENI NEGERI

Majlis Graduasi Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2025 yang berlangsung di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB). | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) terus memperkukuh usaha memelihara dan memperkasa seni budaya negeri melalui Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2025 yang memfokuskan penyertaan generasi muda berusia enam hingga 16 tahun.
Inisiatif itu bermula pada tahun 2000 melalui pelaksanaan kelas hujung minggu yang diwujudkan untuk memberi pendedahan awal seni tradisional kepada kanak-kanak dan remaja sebelum ianya diperkasakan melalui penjenamaan semula sebagai Kelas Lestari Seni Budaya Johor pada tahun 2019.
Program itu menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat awal serta memupuk kecintaan generasi muda terhadap seni budaya negeri dengan beberapa komponen latihan diberikan menerusi kelas berkenaan yang merangkumi tari tradisional Melayu, muzik Melayu dan seni lakon.
Menerusi penganjuran Majlis Graduasi Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2025, seramai 209 peserta muda berkenaan berjaya menamatkan latihan sepanjang tahun dan diberikan sijil tamat latihan sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan minat mendalam mereka terhadap kesenian.
Majlis itu juga diserikan dengan persembahan teater istimewa bertajuk Teater Bit Bit yang dipersembahkan sendiri oleh pelajar-pelajar Kelas Asas Seni Lakon yang memperlihatkan kreativiti dan keyakinan pelajar, sekali gus membuktikan kejayaan YWJ dalam membentuk generasi baharu yang mahir dalam bidang keseniaan.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor diiringi YBhg Encik Nor Syazlan Abd. Razak, Pengarah Yayasan Warisan Johor hadir ke Majlis Graduasi Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2025 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB), hari ini.
#JohorSafeZone
#SeniBudayaJohor
#YWJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahijTepatPantas
#MajuJohor


