SASAR LEBIH 800,000 PELANCONG KE TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di Taman Negara Johor Tanjung Piai sempena sambutan Tahun Melawat Johor 2026. | Foto MDJ Wira Anggara
#Pontian – Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) menyasarkan kedatangan lebih 800,000 pelancong ke destinasi alam semula jadi yang berada di bawah kelolaan pengurusan mereka sempena sambutan Tahun Melawat Johor 2026.
Antara taman negara yang kini dibuka kepada orang ramai ialah Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) di daerah Tangkak; Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Taman Negara Johor Pulau Kukup (Pontian), serta Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) di Kluang.
Seiring usaha merancakkan sektor pelancongan negeri, PTNJ turut menyediakan sebanyak 1,000 baucar percuma kepada pengunjung sebagai insentif dan galakan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong sempena sambutan Tahun Melawat Johor 2026.
Sempena sambutan Tahun Melawat Johor 2026 juga, PTNJ turut menyediakan cenderamata percuma yang akan diberikan kepada 100 pelawat terawal pada hari ini, manakala insentif e-baucar permit masuk percuma pula ditawarkan kepada 300 pengunjung terawal di setiap taman terlibat bermula esok hingga 4 Januari ini.
Sambutan Tahun Melawat Johor 2026 yang turut diadakan seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di semua pintu masuk utama negeri melibatkan laluan udara, darat dan laut bagi menyambut kehadiran pelancong tempatan serta antarabangsa.
Antara lokasi terlibat termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Terminal Feri Puteri Harbour, Terminal Feri Berjaya Waterfront, Terminal Feri Pasir Gudang, Terminal Feri Desaru Coast, Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Terminal Feri Muar serta Terminal Feri Tanjung Pengelih.
Kerajaan Negeri Johor sebelum ini menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong menjelang suku keempat tahun ini dengan jangkaan sumbangan ekonomi melebihi RM42 bilion, sekali gus dijangka mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan pembangunan ekonomi negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor hadir menyantuni serta menyambut kehadiran para pelancong di Taman Negara Johor Tanjung Piai sempena sambutan Tahun Melawat Johor 2026. Turut hadir ialah YBhg Encik Taufik Bahar, Pengarah PTNJ.
#JohorSafeZone
#MajesticJohor
#VisitJohor2026
#JohorNationalParks
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


