JOHOR RANCANG TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN AWAM SELARI KEMAJUAN EKONOMI

Beberapa langkah segera telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani cabaran kesesakan di fasiliti kesihatan awam yang dilaporkan menerima jumlah pesakit yang tinggi setiap hari termasuk melaksanakan projek decanting di Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah dan KK Sultan Ismail menerusi peruntukan sebanyak RM8.4 juta. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Johor komited untuk terus memastikan setiap kejayaan pembangunan ekonomi negeri termasuk meraih pelaburan tertinggi bagi tahun 2025 bernilai RM110 bilion akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk manfaat sebenar kepada rakyat.
Ia termasuk membuat perancangan berterusan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kesihatan awam di seluruh negeri ini demi memastikan seluruh Bangsa Johor berpeluang untuk mendapat akses perubatan yang terbaik.
Kerajaan Negeri juga menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan agar setiap pembangunan yang dirancang mesti memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.
Justeru, beberapa langkah segera telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani cabaran kesesakan di fasiliti kesihatan awam yang dilaporkan menerima jumlah pesakit yang tinggi setiap hari termasuk melaksanakan projek decanting di Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah dan KK Sultan Ismail menerusi peruntukan sebanyak RM8.4 juta.
Usaha tersebut melibatkan pemindahan perkhidmatan Unit Ibu dan Anak ke premis baharu bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dengan perancangan sama turut disusun untuk membolehkan ia juga dilaksanakan di KK Majidee dan KK Kulai bagi memperkukuh kemudahan kesihatan terutama di kawasan berpenduduk padat.
Pada masa sama, pengoperasian Hospital Pasir Gudang yang dipercepatkan turut memberi kelegaan kepada masyarakat setempat apabila hospital tersebut kini telah beroperasi pada tahap 80 peratus, sekali gus memudahkan akses rawatan kesihatan kepada penduduk Pasir Gudang serta kawasan sekitarnya.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perancangan berterusan yang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan kesihatan awam di Johor sentiasa dipertingkatkan selari dengan pertumbuhan ekonomi, pembangunan kawasan baharu serta peningkatan jumlah penduduk.
#JohorSafeZone
#FasilitiKesihatan
#SistemKesihatanBerkualiti
#WholeOfGovernmentApproach
#WholeOfNationApproach
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



