PUSAT KELESTARIAN JOHOR PERKUKUH KERJASAMA ALAM SEKITAR NEGERI–PERSEKUTUAN

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor serta YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JSC bersama YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada lawatan kerja ke Pusat Kelestarian Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Pusat Kelestarian Johor (JSC) terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam usaha memacu agenda kelestarian alam sekitar di negeri ini.
Lawatan kerja YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke pusat tersebut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneliti pelbagai inisiatif berkaitan pemeliharaan alam sekitar, perubahan iklim dan pembangunan mampan.
Pada sesi taklimat yang diadakan itu, JSC turut berkongsi peranan institusi tersebut sebagai platform penting dalam menyelaras penyelidikan, dasar serta inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar bagi menyokong pembangunan Johor yang lebih mampan dan dinamik.
Selain itu, penghargaan turut dizahirkan pihak kementerian terhadap komitmen Kerajaan Johor dalam memperkukuh agenda kelestarian serta usaha berterusan negeri ini dalam merangka pelbagai inisiatif berkaitan perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan.
Johor kini turut berada di barisan hadapan dalam merangka Pelan Tindakan Perubahan Iklim Johor 2035 bagi menangani cabaran perubahan iklim serta memperkukuh inisiatif pembangunan rendah karbon melalui kerjasama strategik JSC, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa agensi lain yang berkaitan.
Usaha ini turut melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) serta pemain industri bagi memastikan setiap perancangan berkaitan kelestarian dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Terdahulu, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kelestarian Johor. Turut hadir, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor serta YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC).
#JohorSafeZone
#JohorGreenDeal
#JohorSustainabilityCentre
#JohorLestari
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


