JOHOR LAKSANA PEMBENIHAN AWAN, STABILKAN BEKALAN AIR

Kerajaan Johor telah menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melaksanakan operasi pembenihan awan sebagai langkah strategik bagi menambah isipadu takungan air mentah, susulan penurunan paras empangan dan sungai akibat cuaca panas serta kering yang berpanjangan.
#IskandarPuteri — Kerajaan Johor telah menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melaksanakan operasi pembenihan awan sebagai langkah strategik bagi menambah isipadu takungan air mentah, susulan penurunan paras empangan dan sungai akibat cuaca panas serta kering yang berpanjangan.
Langkah pembenihan awan ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan tumpuan utama diberikan di kawasan Empangan Machap dan kawasan tadahan sekitarnya, bagi menyokong pemulihan operasi Loji Rawatan Air (LRA) yang terjejas serta menstabilkan bekalan air domestik.
Pelaksanaan operasi pembenihan awan diharap dapat membantu meningkatkan simpanan air mentah dan menampung keperluan bekalan air sekurang-kurangnya sehingga musim perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan, tertakluk kepada situasi keadaan cuaca semasa.
Ketika ini, beberapa LRA turut dikenal pasti terkesan dengan kejadian berkenaan termasuk Sungai Skudai, Lok Heng, Semberong Timur dan Machap, di mana operasi rawatan air dilaksanakan secara terhad susulan kekurangan sumber air mentah serta isu kualiti air, namun pelarasan operasi dan sokongan antara loji telah digerakkan bagi meminimumkan gangguan bekalan utiliti berkenaan.
Bagi memastikan kesinambungan bekalan, Kerajaan Johor turut menerima bantuan dari negeri lain melibatkan lori tangki air, dengan 46 unit lori telah digerakkan ke Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat, selain tambahan aset untuk kawasan Simpang Renggam dan Pontian.
Pada masa sama, Kerajaan Johor juga menggerakkan usaha pembelian dan pengagihan air mineral bagi memastikan keperluan asas penduduk di kawasan terjejas terus terjamin, sementara menunggu paras air empangan kembali stabil.
Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam memastikan pengurusan sumber air negeri kekal terjamin dengan pemantauan rapi dan tindakan berperingkat akan diteruskan sehingga situasi pulih sepenuhnya.
#JohorSafeZone
#BekalanAirJohor
#PembenihanAwan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



