MAHASISWA ANAK JOHOR DI SARAWAK DIBERI PENDEDAHAN PELUANG PEMBANGUNAN NEGERI

Pendedahan itu memberi gambaran kepada golongan mahasiswa mengenai hala tuju pembangunan Johor serta peluang yang bakal berkembang khususnya dalam sektor ekonomi baharu, pekerjaan berkemahiran, pembangunan bakat dan industri bernilai tinggi. | Foto FB Dr. Naqib Ghazali
#IskandarPuteri – Lebih 200 mahasiswa anak Johor yang sedang menuntut di Sarawak diberi pendedahan mengenai perkembangan dan peluang pembangunan negeri menerusi Program Ayuh Johor Mahasiswa Zon Sarawak yang berlangsung di Riverside Majestic Hotel, Sarawak.
Program berkenaan menghimpunkan mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri berkenaan seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan 1 dan 2 serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Menerusi sesi Town Hall itu, mahasiswa turut diberi penerangan mengenai Agenda Maju Johor 2030, Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Pendedahan itu memberi gambaran kepada golongan mahasiswa mengenai hala tuju pembangunan Johor serta peluang yang bakal berkembang khususnya dalam sektor ekonomi baharu, pekerjaan berkemahiran, pembangunan bakat dan industri bernilai tinggi.
Mahasiswa turut disarankan supaya memanfaatkan tempoh pengajian dengan membina kemahiran, menambah pengalaman serta mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang selari dengan perkembangan terkini ekonomi Johor.
Penglibatan mahasiswa anak Johor yang menuntut di luar negeri turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan bakat negeri, termasuk melalui pengalaman dan ilmu yang diperoleh untuk dibawa pulang ke Johor.
Program berkenaan turut menjadi ruang untuk mahasiswa berinteraksi dan mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan perkembangan semasa serta hala tuju pembangunan negeri.
Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyantuni mahasiswa anak Johor menerusi Program Ayuh Johor Mahasiswa Zon Sarawak.
#JohorSafeZone
#AyuhJohorMahasiswaZonSarawak
#InstitutDatoOnn
#JTDC
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


