JOHOR PERLUAS MODEL SRBJ KE SEKOLAH AGAMA

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor (SARBJ) di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor bakal memperluaskan model pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) ke dalam aliran pendidikan agama menerusi pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor (SARBJ).

 

Inisiatif ini mencerminkan pendekatan progresif Kerajaan Negeri yang tidak hanya tertumpu kepada pendidikan arus perdana, malah turut memperkukuh pendidikan agama sebagai teras pembinaan jati diri Bangsa Johor serta memperkasakan syiar Islam di negeri ini.

 

SARBJ akan menjadi kesinambungan kepada kejayaan SRBJ dengan menekankan pendekatan pembelajaran moden melalui pengintegrasian elemen digital dalam sistem pendidikan agama, sekali gus memastikan standard pendidikan agama negeri terus diperkasa, dinamik dan kekal berdaya saing.

 

Usaha ini menggambarkan komitmen berterusan Kerajaan Johor dalam melahirkan generasi Bangsa Johor yang seimbang, berilmu dan cemerlang dari segi akademik, sahsiah diri serta pegangan agama.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor (SARBJ) di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#SARBJ
#PendidikanIslamJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor