JOHOR PERKASA PENDIGITALAN PENDIDIKAN AGAMA SECARA HOLISTIK

Inisiatif pendigitalan pendidikan agama melalui sistem JPID Al-Bayen di sekolah agama seluruh negeri. | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus mengambil langkah proaktif dalam memperkasa inisiatif pendigitalan pendidikan agama menerusi pelaksanaan sistem Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Al-Bayen di sekolah-sekolah agama di seluruh negeri ini.
Inisiatif strategik ini dilaksanakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kekal relevan, dinamik serta selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21, meskipun tanpa capaian internet yang stabil.
Pendigitalan melalui JPID Al-Bayen bukan sahaja memudahkan kaedah penyampaian ilmu, malah menjadi pemangkin transformasi menyeluruh pendidikan agama merangkumi aspek pembelajaran murid, pemerkasaan profesionalisme guru serta pengurusan sekolah yang lebih sistematik dan efisien.
Penekanan terhadap peningkatan kemahiran digital dalam kalangan warga sekolah turut diberikan, di samping memperkenalkan pendekatan pembelajaran moden seperti ‘blended learning’, pentaksiran alternatif, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta pembelajaran berasaskan keupayaan individu.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan pendidikan agama tidak hanya kekal sebagai asas pembentukan sahsiah, malah turut diperkasa dengan elemen digital bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan nilai.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor mengadakan tinjaun pelaksanaan sistem JPID Al-Bayen di Sekolah Agama (SA) Taman Bukit Indah, Johor Bahru, kelmarin.
#JohorSafeZone
#SAKJ
#JPIDAlBayen
#PendidikanIslamJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


