KERAJAAN NEGERI PERHALUSI CADANGAN TAMBAH ELAUN IMAM, NOJA MASJID DAN SURAU

Sehingga kini, seramai 1,532 imam menerima elaun sebanyak RM850 sebulan dengan jumlah peruntukan tahunan sekitar RM15.6 juta, manakala terdapat sebanyak 208 surau Jumaat di seluruh Johor melibatkan seramai 1,898 noja surau. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan elaun imam masjid kepada RM1,000 sebulan serta memperluaskan pemberian elaun kepada imam surau Jumaat dan noja surau di negeri ini.

 

Bagaimanapun, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kemampuan kewangan negeri, keutamaan perbelanjaan serta keseimbangan antara imbuhan dan semangat kesukarelawanan dalam memastikan kelangsungan pengimarahan masjid dan surau di Johor.

 

Sehingga kini, seramai 1,532 imam menerima elaun sebanyak RM850 sebulan dengan jumlah peruntukan tahunan sekitar RM15.6 juta, manakala terdapat sebanyak 208 surau Jumaat di seluruh Johor melibatkan seramai 1,898 noja surau.

 

Sekiranya kadar elaun imam dinaikkan kepada RM1,000 sebulan, tambahan implikasi kewangan negeri dianggarkan pada kadar antara RM2.7 juta hingga RM2.8 juta setahun.

 

Dalam masa sama, tambahan kos sekitar RM1.263 juta setahun turut diperlukan sekiranya pemberian elaun sebanyak RM50 sebulan dilaksanakan kepada noja surau.

 

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa sebarang cadangan kenaikan elaun perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang signifikan serta komitmen bagi tempoh jangka panjang.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#HalEhwalIslamJohor
#DewanNegeriJohorKe15
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor