INSTITUSI AKAR UMBI DIPERKASA, PERKUKUH KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG

Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh institusi kepimpinan akar umbi khususnya peranan Ketua Kampung menerusi penyaluran RM52.61 juta bagi tempoh 2022 hingga 2026 untuk memperkasa aspek kebajikan, profesionalisme, pentadbiran serta kesejahteraan komuniti kampung. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkukuh institusi kepimpinan akar umbi terutama melibatkan peranan Ketua Kampung yang menjadi tulang belakang pentadbiran di peringkat komuniti sejak sekian lama.

 

Bagi tempoh 2022 hingga 2026, sejumlah RM52.61 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkasa institusi ini secara menyeluruh yang merangkumi aspek kebajikan, peningkatan profesionalisme, kecekapan pentadbiran serta kesejahteraan komuniti kampung.

 

Antara inisiatif utama termasuk peruntukan sebanyak RM810,000 bagi meningkatkan tahap profesionalisme Ketua Kampung bagi melahirkan kepimpinan akar umbi yang lebih kompeten, berdaya saing serta bersedia mendepani cabaran semasa.

 

Selain itu, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM314,557.20 turut disalurkan kepada Ketua Kampung dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai jaminan perlindungan sosial serta kebajikan mereka.

 

Dalam usaha menghargai peranan penting Ketua Kampung, elaun mereka turut ditingkatkan sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun iaitu pada tahun 2023 dan 2026 dengan jumlah keseluruhan peruntukan mencecah RM48 juta.

 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa peranan Ketua Kampung agar lebih berdaya tahan dan efektif dalam menyampaikan dasar serta perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.

 

#JohorSafeZone
#KetuaKampung
#DewanNegeriJohorKe15
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor