SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR JADI MODEL PENDIDIKAN MASA DEPAN

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku pencetus ilham Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) menzahirkan harapan agar model pendidikan tersebut dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain di seluruh Johor sekiranya terus memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Muar – Pendidikan terus menjadi antara agenda utama pembangunan Johor dengan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) dilihat sebagai model pendidikan yang mampu melahirkan generasi berkualiti pada masa hadapan.
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah, pendidikan merupakan antara bidang yang amat diberi perhatian kerana ia mampu membentuk modal insan berkualiti bagi memenuhi keperluan agenda pembangunan negeri ini.
DYAM Pemangku Sultan Johor bertitah, SRBJ juga kini telah menerima sambutan dan maklum balas yang positif daripada rakyat serta pelbagai pihak sejak ia mula diperkenalkan pada tahun lalu.
Titah DYAM Pemangku Sultan Johor lagi, kualiti guru, silibus pembelajaran dan pembangunan infrastruktur yang disediakan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan dalam pelaksanaan inisiatif tersebut.
DYAM Pemangku Sultan Johor turut bertitah bahawa empat sekolah SRBJ yang diwujudkan ketika ini merupakan projek perintis yang akan dinilai keberkesanannya sebelum ia akan diperluaskan ke kawasan lain di negeri ini kelak.
Malah, Baginda juga menzahirkan harapan agar model pendidikan tersebut dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain di seluruh Johor sekiranya ia terus memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri ini.
DYAM Pemangku Sultan Johor bertitah, usaha memperkukuhkan sistem pendidikan penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan modal insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan Johor.
Terdahulu, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Program Bual Santai Petang Bersama Orang Muda Johor yang menghimpunkan ribuan belia di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar.
#TheTMJEffect
#OrangMudaJohor
#OMJ
#TMIYCMuar
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


