KERAJAAN JOHOR BERI PERHATIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN WARGA SEKOLAH

Kerajaan Negeri turut menekankan kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar amat penting dengan sentiasa mengikuti perkembangan bacaan kualiti udara serta nasihat dan arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. | Foto FB Dr. Naqib Ghazali
#IskandarPuteri – Keselamatan dan kesihatan warga sekolah terus diberi keutamaan susulan keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di Johor ketika ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan stesen menujukkan bacaan Tidak Sihat.
Pihak sekolah turut dinasihatkan supaya mengambil langkah sewajarnya dengan mengehadkan aktiviti di luar bilik darjah, khususnya aktiviti di kawasan terbuka yang tidak berbumbung sepanjang keadaan jerebu berterusan.
Selain itu, sekiranya murid atau warga sekolah lain mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, kesukaran bernafas atau sesak nafas, mereka dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal manakala individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan paru-paru seperti asma perlu mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya.
Kerajaan Negeri turut menekankan kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar amat penting dengan sentiasa mengikuti perkembangan bacaan kualiti udara serta nasihat dan arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Linggiu, pagi ini, bagi melihat sendiri keadaan para pelajar serta langkah-langkah yang dilaksanakan pihak sekolah.
#JohorSafeZone
#Jerebu
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



