PTP, BELIA MAHIR PERKASA 100 TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI

YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada Majlis Perasmian ‘Skilled Workforce Development Initiative’ Kerjasama BELIA MAHIR dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di PTP, Gelang Patah. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Seramai 100 pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menerima pengiktirafan ‘China Global Professional Technical Certificate’ (CGPTC) sebagai nilai tambah kepada pembangunan kerjaya dalam sektor pelabuhan dan logistik.
Program hasil kerjasama strategik PTP bersama BELIA MAHIR itu memberikan peserta peluang untuk meningkatkan kemahiran serta kompetensi yang diperlukan sebagai ‘Prime Mover Driver’ terutama dalam persekitaran pekerjaan sebenar, termasuk aspek kecekapan, produktiviti, kualiti dan keselamatan.
Keperluan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadi semakin penting ketika Johor kini berada dalam fasa perkembangan ekonomi yang pesat, termasuk menerusi pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).
Perkembangan ini dijangka bakal membuka lebih banyak ruang kepada aktiviti industri, pelaburan dan peluang pekerjaan, sekali gus memerlukan tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran serta kompetensi selari dengan keperluan industri masa kini.
Sementara itu, komitmen terhadap pembangunan kompetensi ini juga akan diteruskan apabila 100 lagi pekerja PTP dijadualkan mengikuti latihan sama pada Oktober ini, sekali gus menunjukkan usaha peningkatan kemahiran dilaksanakan secara berterusan dan berkala.
Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir merasmikan Majlis Perasmian ‘Skilled Workforce Development Initiative’ Kerjasama BELIA MAHIR dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di PTP, Gelang Patah, hari ini.
#JohorSafeZone
#PTP
#BELIAMAHIR
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



