ORANG RAMAI DISERU ELAK PEMBAKARAN TERBUKA, JAGA KUALITI UDARA

Kebakaran belukar di No. 6, Jalan Permata 6, Taman Permata, Johor Bahru, melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.2023 hektar, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan JBPM Negeri Johor pada jam 7.30 malam, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.54 malam selepas kawasan terbabit disahkan selamat tanpa melibatkan sebarang mangsa. | Foto JBPM Negeri Johor
#IskandarPuteri – Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan sebarang bentuk pembakaran terbuka dan sentiasa berwaspada terhadap segala punca api susulan keadaan cuaca panas dan kering serta situasi jerebu yang melanda negara termasuk Johor ketika ini.
Kecuaian kecil seperti membuang puntung rokok yang masih menyala boleh mencetuskan kebakaran dan menyebabkan api merebak dengan pantas, sekali gus mengancam keselamatan nyawa serta harta benda.
Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, sebanyak 4,222 kes kebakaran terbuka direkodkan bagi tempoh Januari hingga 11 September 2026, berbanding 1,294 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2025, menunjukkan peningkatan sebanyak 2,928 kes atau kira-kira 226 peratus.
Kebakaran terbuka bukan sahaja boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda, malah turut menyumbang kepada pencemaran udara serta memburukkan lagi keadaan jerebu.
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak meninggalkan sebarang sumber api tanpa pengawasan serta segera menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya berlaku kebakaran bagi membolehkan tindakan pantas diambil oleh pihak berkuasa.
Orang ramai juga digalakkan untuk bersama-sama meningkatkan kewaspadaan, menjaga keselamatan dan membantu memelihara kualiti udara di kawasan sekitar, khususnya di sekitar kediaman masing-masing.
Terdahulu, kebakaran belukar di No. 6, Jalan Permata 6, Taman Permata, Johor Bahru, melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.2023 hektar, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan JBPM Negeri Johor pada jam 7.30 malam, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.54 malam selepas kawasan terbabit disahkan selamat tanpa melibatkan sebarang mangsa.
YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, turut merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba atas tindakan pantas mengawal keadaan serta mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga keselamatan dan kualiti udara di kawasan sekitar.
#JohorSafeZone
#ElakPembakaranTerbuka
#KebakaranBelukar
#Jerebu
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


