TANGKAK DIPERKUKUH SEBAGAI PINTU MASUK UTARA JOHOR

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor meninjau perkembangan projek setempat, hala tuju pembangunan ekonomi daerah serta berinteraksi bersama masyarakat menerusi kunjungan ke Daerah Tangkak, minggu lalu | Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memberi tumpuan memperkukuh kedudukan Tangkak sebagai pintu masuk utara Johor menerusi Program Transformasi Ekonomi Johor (JETP) dengan memanfaatkan potensi daerah itu terutama dalam sektor agro, logistik, transit dan eko-pelancongan.
Antara perancangan yang diberi perhatian ialah usaha pengukuhan rantaian pengumpulan dan pemasaran hasil padi serta durian bagi memperkukuh potensi sektor agro di daerah berkenaan.
Selain itu, pembangunan koridor transit dan logistik Laluan Pantai Barat (WCE)–Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) turut dibincangkan bagi memanfaatkan kedudukan strategik Tangkak dalam rangkaian perhubungan dan pergerakan barangan.
Potensi tarikan Gunung Ledang–Sungai Muar sebagai koridor eko-agropelancongan turut diberi perhatian bagi menggabungkan kekuatan sektor agro dan eko-pelancongan di daerah berkenaan.
Pada masa sama, kemudahan awam dan ruang untuk kegunaan masyarakat terus diberi perhatian menerusi penambahbaikan Laman Mahkota Tangkak termasuk Taman Rekreasi Awam Tangkak yang telah dinaik taraf dengan kemudahan lebih selesa dan selamat.
Selain itu, beberapa cadangan turut dibincangkan termasuk Medan Niaga Bangsa Johor @ Pitstop Tangkak serta Taman Komuniti dan Taman Tema Air Mini Bangsa Johor @ Tangkak bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta menyediakan lebih banyak ruang riadah kepada masyarakat.
Kerajaan Negeri turut menyampaikan bantuan mesin dan peralatan perniagaan daripada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) berjumlah RM44,330 kepada 13 usahawan dari kawasan Dewan Negeri (DUN) Tangkak, Serom dan Gambir bagi membantu perkembangan perniagaan serta pendapatan usahawan tempatan.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor meninjau perkembangan projek setempat, hala tuju pembangunan ekonomi daerah serta berinteraksi bersama masyarakat menerusi kunjungan ke daerah Tangkak, minggu lalu.
#JohorSafeZone
#JETP
#Tangkak
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


