RM1.33 JUTA DILULUSKAN UNTUK 18 PROJEK PEMBANGUNAN DI KOTA TINGGI

Projek berkenaan merangkumi penambahbaikan kemudahan awam dan komuniti, pembaikan jalan serta jambatan, pemasangan lampu solar dan penyelenggaraan longkang serta sungai. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.33 juta bagi pelaksanaan 18 projek pembangunan setempat di daerah Kota Tinggi bagi meningkatkan kemudahan awam dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Projek berkenaan merangkumi penambahbaikan kemudahan awam dan komuniti, pembaikan jalan serta jambatan, pemasangan lampu solar dan penyelenggaraan longkang serta sungai.
Pelaksanaan projek ini merupakan antara komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan keperluan masyarakat setempat terus diberi perhatian menerusi penyediaan kemudahan yang lebih baik dan selesa.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh potensi Kota Tinggi sebagai hab kimia hijau, pertanian dan pelancongan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) bagi Daerah Kota Tinggi.
Perancangan itu bertujuan menarik lebih banyak pelaburan, merancakkan aktiviti ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama barisan kepimpinan Negeri Johor mengadakan lawatan kerja ke daerah Kota Tinggi bagi meneliti pembangunan daerah menerusi pembentangan JETP Daerah Kota Tinggi serta menghadiri Majlis Jalinan Rakyat di daerah berkenaan.
#JohorSafeZone
#KotaTinggi
#JETP
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


