Entries by Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

KPM SIAP SIAGA HADAPI BANJIR KETIKA SPM BERLANGSUNG

  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kejadian banjir dalam tempoh berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.   YBrs. Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memaklumkan taklimat pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan awam sudah diadakan pada tahun lalu, sebagai langkah persediaan.   Sebanyak 58 pusat peperiksaan […]

PIJ-UTHM PERKUKUH JALINAN DAN KERJASAMA STRATEGIK

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan; penerbitan; perundingan; pembangunan kerjaya; khidmat sosial serta inisiatif perkongsian program pemacuan sosio ekonomi.   Kerjasama untuk tempoh tiga tahun itu merupakan kesinambungan daripada jalinan antara PIJ dan UTHM sejak 2020 menerusi pelaksanaan inisiatif antaranya […]

KPDN JOHOR PANTAU HARGA DAN BARANG, ELAK PENYELEWENGAN

  Patuhi segala peraturan dan undang-undang. Itulah peringatan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor yang berikrar untuk terus giat menjalankan pemeriksaan terhadap premis perniagaan melibatkan semua peringkat rantaian seperti pengilang, pemborong serta peruncit.   Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo memberitahu pihaknya sentiasa komited melaksanakan pemeriksaan tersebut di kawasan […]

JBPM TERIMA 1,400 BEG SUMBANGAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR

  Nasib mangsa banjir di negeri terus mendapat perhatian bukan sahaja daripada pihak kerajaan tetapi juga daripada syarikat perniagaan swasta.   Terbaharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima sebanyak 1,400 beg sumbangan makanan dari Syarikat 99Speedmart Sdn. Bhd. untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang kini berlindung di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) […]

KERJASAMA STRATEGIK MBJB, OCBC JAYAKAN JB CAR-FREE MORNING

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sentiasa menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dengan melaksanakan program ‘JB Car Free Morning’ pada hari Sabtu kedua setiap bulan sebagai kesinambungan dalam menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang mampan, hijau dan rendah karbon.   Program yang akan dilaksanakan dengan usaha sama dari OCBC Bank Berhad itu bakal berlangsung […]

ATM BANTU PERGERAKAN CALON SPM KE SEKOLAH

  Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram bertindak menyelaraskan pergerakan 37 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berserta dua pengawas peperiksaan ke sekolah dengan selamat, selamat.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan kehadiran calon dan pengawas peperiksaan ke pusat peperiksaan […]

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR TANAM 600 BAKAU KURAP DI TELUK WAWASAN

  Sebanyak 600 anak pokok spesis Bakau Kurap ditanam di pantai Teluk Wawasan, dekat Batu Pahat, bagi Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena Tahun Baharu 2024.   Bertemakan ‘Kelestarian Alam : Tanggungjawab Bersama’, program telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   Pengarah […]

PENDIGITALAN SEPENUHNYA PARKIR KAWASAN MBJB

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menaik taraf dan menjenamakan semula aplikasi MBJB Spot V2 kepada MBJB Spot bagi merealisasikan pendigitalan sepenuhnya bayaran parkir di kawasan pentadbirannya.   Penaik tarafan dan penjemaan semula aplikasi berkenaan sekali gus menamatkan perkhidmatan bayaran kupon parkir hibrid yang ditawarkan sejak tahun 2016. Melalui pelan transformasi pendigitalan parkir itu, penggunaan […]

SEMUA UNIT MBJB DALAM MOD BERSEDIA

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan semua unit terlibat berada dalam mod bersedia bagi menghadapi kejadian banjir di kawasan bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pihaknya telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi melaksanakan tindakan segera serta bantuan pengalihan jika perlu.   Semua kontraktor […]

MBJB LANCAR PUSAT KAWALAN BERSEPADU PERTAMA DI JOHOR

  Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini melancarkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) sebagai langkah berterusan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan pemantauan di kawasan pentadbirannya.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan pelancaran JBIOCC mencermin dan memperkukuh peranan MBJB sebagai organisasi yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dengan mengambil […]