Entries by Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

PERKHIDMATAN KESIHATAN TERBAIK KEPADA BANGSA JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa memandang serius dan mengambil tindakan proaktif dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat negeri ini, meskipun sektor kesihatan merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berterima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas bantuan menyelesaikan isu kesihatan dan penyediaan peruntukan […]

AMARAN HUJAN TAHAP WASPADA 18 DISEMBER INI

  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka berlaku pada 18 hingga 21 Disember ini.   Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri mahupun Daerah disarankan untuk diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan […]

HAMPIR 2,000 PENUNTUT UiTM CAWANGAN JOHOR SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS

  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama melancarkan Southern Volunteers (SV) di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyertaan hampir 2,000 penuntutnya sebagai sukarelawan.   Pelancaran SV peringkat UiTM Cawangan Johor disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar bersempena Program Uni-Nature Run 3.0 […]

RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

  Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di […]

IIB SOKONG PENUH BELANJAWAN JOHOR 2024

  Iskandar Investment Berhad (IIB) menyokong penuh Belanjawan Johor 2024 dan komited dalam penyediaan kemudahan serta rangkaian tenaga kerja memenuhi keperluan khusus industri yang menjadi sebahagian daripada Medini.   Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim memaklumkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang disentuh dalam belanjawan negeri tahun hadapan, memperkukuh kedudukan […]

KONSERT ‘THE SYMPHONY OF FRIENDSHIP’ MEMUKAU

  Orkestra inklusif terbesar Singapura, The Purple Symphony terdiri daripada kira-kira 70 pemuzik termasuk mereka yang berkelainan upaya mengadakan persembahan di luar negara, buat julung kalinya di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, Johor Bahru.   DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan untuk berangkat hadir menyaksikan persembahan daripada sekumpulan pemuzik […]

WALK WITH DEAF MADANI 2023 TERIMA SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN

  Hampir 200 peserta terdiri pelbagai lapisan usia dan latar belakang menjayakan program ‘Walk with Deaf MADANI 2023’ anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf), hari ini.   Timbalan Presiden JSDeaf, Wong Wah Chei memaklumkan program komuniti yang mendapat sambutan itu menjadi platform mengeratkan hubungan antara masyarakat normal dan mereka yang kelainan upaya.   JSDeaf […]

IDO PERKASA AKSESIBILITI GOLONGAN OKU

  Kerajaan Johor melaksanakan inisiatif meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan kemudahan asas petak letak kenderaan OKU dan ‘ramp’ di Rumah Pangsa Larkin.   Usaha murni tersebut disempurnakan oleh Institut Dato’ Onn (IDO) menerusi Onn Leadership Accelerator (OLA) yang julung kali diadakan untuk memberikan sokongan praktikal dalam membantu golongan OKU.   […]

1,200 PELARI MERIAHKAN ‘PINKTOBER RUN JB 2023’

  Lebih 1,200 pelari menyertai ‘Pinktober Run JB 2023’ di Dataran Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini, sempena bulan kesedaran kanser payudara kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun.   Program bersekali dengan ‘JB Neon Recreational Night’ itu merupakan kolaborasi Yayasan Johor Corporation (JCorp), Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Co:action […]

YAYASAN JCORP JAYAKAN AKTIVITI REHABILITASI TERUMBU KARANG DI PULAU AUR

  Yayasan Johor Corporation (JCorp) menganjurkan program rehabilitasi terumbu karang melibatkan 40 warga kerjanya di Pulau Aur, Mersing pada 13 hingga 15 Oktober yang lalu.   Program mewujudkan Coral Nursery yang turut disertai kakitangan JCorp dan Syarikat Kumpulan itu menekankan penjagaan dan pembiakan spesies terumbu karang tertentu menggunakan kaedah beretika bagi memastikan kelestarian terhadap alam […]