Entries by Mohd Firdaus Yon

PERCAYA TIADA UNSUR HUKUMAN : EXCO KERAJAAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — Dakwaan seorang ibu bahawa anaknya didenda berjemur di tengah panas di sebuah sekolah agama di Masai, dekat Pasir Gudang, kini dalam siasatan.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan orang ramai yang memaklumkan aduan […]

KERAJAAN JOHOR BANTU MANGSA RIBUT

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor proaktif dalam menyelaraskan tindakan susulan kejadian ribut yang mengakibatkan kerosakan kediaman di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.   Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed berkata, setakat ini, jumlah kediaman yang terjejas berjumlah 176 buah.   Menurutnya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam lawatan ke lokasi kejadian […]

JOHOR KEKAL ANTARA PENGEKSPORT UTAMA NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Johor terus menjadi antara lima negeri pengeksport utama menyumbang kepada jumlah eksport negara, bulan lalu.   Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Pulau Pinang merekodkan sumbangan 31.9 peratus diikuti Johor (19.9 peratus), Selangor (18.4 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (3.5 peratus).   “Pulau Pinang, Johor […]

TPM TINJAU PPK KAMPUNG PARIT MAKUASANG

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 170 unit kediaman di bawah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Parit Makuasang, dekat Pontian, siap dibina bagi manfaat golongan sasar.   Projek tersebut disediakan bagi penempatan semula mangsa banjir, air pasang dan setinggan nelayan di kawasan Sungai Benut dan Sungai Pinggan khususnya Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung serta Kampung Sungai […]

TINGKAT KECEKAPAN CIQ BANGUNAN SULTAN ISKANDAR AIDILFITRI INI

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menjangkakan kecekapan pengoperasian Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mencapai 100 peratus menjelang tempoh perayaan Aidilfitri ini.   Berdasarkan tinjauan dan pemantauan dilakukan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberitahu kadar kecekapan setakat ini, baru mencapai 80 peratus.   Justeru, beliau menjemput Ketua Pengarah […]

TINDAKAN PROAKTIF ATASI GANGGUAN BEKALAN AIR MUSIM PERAYAAN

  ISKANDAR PUTERI — Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) komited memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan pengguna sempena Aidilfitri ini, terutama melibatkan kawasan bertekanan rendah dan berhadapan kekurangan bekalan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, antara tindakan diambil adalah menyediakan pam dan set […]

HOSPITAL PAKAR KPJ WILAYAH SELATAN SUMBANG RM1.035 JUTA

  ISKANDAR PUTERI — KPJ Healthcare Berhad menerusi lima Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan membuat penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM850,000.   Penyerahan dibuat kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor melibatkan Hospital Pakar KPJ Johor sebanyak RM250,000 diikuti Hospital Pakar KPJ Puteri (RM150,000), Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (RM300,000), Hospital Pakar KPJ […]

PAKEJ KESIHATAN ISTIMEWA KEPADA PEMBELI HARTANAH PERJIRANAN 13

  ISKANDAR PUTERI — Johor Land Berhad (JLand) menawarkan pakej kesihatan istimewa kepada bakal pembeli hartanah baharu di Perjiranan 13, Bandar Dato’ Onn menerusi perjanjian kerjasama dengan Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (KPJBDOSH).   Pengarah Bertanggungjawab JLand, Zamri Yusof berkata, kerjasama itu melibatkan empat komponen utama iaitu penyediaan khidmat pemeriksaan kesihatan, penggunaan kemudahan eksklusif […]

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TERUSKAN AKTIVITI ZIARAH RAMADAN

  Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor meneruskan aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan meringankan beban dihadapi kakitangan memerlukan sempena Program Ziarah Ramadan Tahun 2023.   Lebih istimewa, program yang memasuki hari kedua turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.   Aktiviti bermula dengan bacaan […]

PROJEK KAWALAN KUALITI AIR SUNGAI SIAP MEI INI

  ISKANDAR PUTERI — Enam stesen telemetri sedang dibina dan dijangka siap pada Mei ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurutnya, kesemua stesen tersebut dibina di Sungai Sayong, Sungai Semanggar, Sungai Skudai, Sungai Benut dan Sungai Muar.   “Stesen telemetri ini bertujuan untuk […]