Entries by Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad

KLUANG TERIMA PROJEK RTB BAHARU BERNILAI RM10 JUTA

  #IskandarPuteri – Usaha Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda mitigasi banjir di Johor terus dizahirkan apabila daerah Kluang menerima satu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) baharu di Sungai Mengkibol, Mukim Kluang yang bernilai RM10 juta.   Projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada tahun 2025 itu bakal […]

KERAJAAN NEGERI PERHALUSI CADANGAN TAMBAH ELAUN IMAM, NOJA MASJID DAN SURAU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan elaun imam masjid kepada RM1,000 sebulan serta memperluaskan pemberian elaun kepada imam surau Jumaat dan noja surau di negeri ini.   Bagaimanapun, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kemampuan kewangan negeri, keutamaan perbelanjaan serta keseimbangan antara imbuhan dan semangat kesukarelawanan dalam memastikan kelangsungan pengimarahan […]

KERAJAAN JOHOR TUBUH ‘TASKFORCE’ PERKUKUH KESELAMATAN SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan ‘taskforce’ bagi memperkukuh tahap keselamatan di semua sekolah di seluruh negeri ini, susulan insiden kemalangan melibatkan seorang pelajar di daerah Batu Pahat, baru-baru ini.   ‘Taskforce’ ini dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bagi meneliti secara menyeluruh mengenai punca kejadian serta mengenal pasti penambahbaikan […]

JOHOR AMBIL LANGKAH PERSEDIAAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU BERUSIA ENAM TAHUN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menyambut baik pelaksanaan dasar kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun sebagai sebahagian daripada pembaharuan sistem pendidikan negara yang diumumkan dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2025-2035.   Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggerakkan pelbagai langkah persediaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan […]

JOHOR SALUR LEBIH RM10 JUTA PERKUKUH KELANGSUNGAN USAHAWAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh ekosistem keusahawanan di negeri ini apabila lebih RM10.5 juta bantuan telah disalurkan kepada 1,836 usahawan menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) sejak tahun 2022.   Inisiatif berimpak tinggi ini merangkumi pelbagai bentuk sokongan termasuk penyediaan mesin dan peralatan, latihan peningkatan kemahiran serta akses kepada pasaran bagi memastikan […]

INDUSTRI PENTERNAKAN RUMINAN JOHOR JADI ENJIN KETERJAMINAN MAKANAN NEGERI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan melalui pembangunan industri penternakan ruminan bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import serta memperkukuh daya tahan ekonomi negeri.   Sehingga tahun 2025, Johor merekodkan populasi lembu sebanyak 97,313 ekor yang melibatkan 2,403 penternak, menjadikannya antara penyumbang terbesar populasi lembu negara dengan sekitar 16 peratus meliputi 35 […]

KERAJAAN JOHOR TERUS PERKUKUH OPERASI HPG WALAUPUN KEKURANGAN KAKITANGAN JADI CABARAN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor komited untuk terus memastikan kelancaran pengoperasian Hospital Pasir Gudang (HPG) dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan di negeri ini, meskipun berdepan kekangan tenaga kerja yang masih belum mencukupi.   Keprihatinan itu turut dizahirkan sendiri oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berulang kali menitahkan agar hospital […]

PERUNTUKAN HAMPIR RM20 JUTA PERKASA MUALAF JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus komited memperkasa golongan mualaf menerusi pelbagai bentuk bantuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial dengan jumlah peruntukan sebanyak RM19.836 juta menerusi Akaun Amanah Mualaf.   Sehingga April ini, sebanyak RM7.04 juta telah dibelanjakan bagi tujuan itu yang merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, bimbingan agama serta keperluan asas bagi memastikan kesejahteraan hidup […]

JOHOR PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KERJAYA ATLET MELALUI JACE

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh ekosistem sukan di negeri ini bagi memastikan atlet-atlet Johor tidak tercicir dalam aspek pendidikan dan kerjaya menerusi penubuhan Seksyen Pendidikan dan Kerjaya Atlet iaitu Johor Athlete Career and Education (JACE).   Menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), inisiatif strategik ini dapat membina ekosistem pembangunan sukan yang menyeluruh selari […]

3,142 UNIT RMMJ DIBINA DI BATU PAHAT

  #IskandarPuteri – Sebanyak 3,142 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sedang dan akan dibangunkan di daerah Batu Pahat sehingga tahun 2030 yang melibatkan pelbagai peringkat pelaksanaan bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat terutama di daerah berkenaan.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 485 unit telah siap dibina dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) melibatkan lapan […]