TAHUN 2025 DETIK PENTING REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

  #IskandarPuteri – Sektor perkhidmatan awam diseru untuk menjadikan permulaan tahun baharu 2025 sebagai detik penting bagi melangkah ke hadapan dalam usaha meningkatkan kecekapan, produktiviti serta mengadaptasi teknologi baharu demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unggul.   Penjawat awam juga diingatkan supaya turut memberi tumpuan dalam usaha membantu golongan miskin tanpa mengira latar belakang, […]

PUSAT AKUATIK ARENA LARKIN KEMBALI BEROPERASI

  #IskandarPuteri – Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin kembali dibuka kepada orang awam bermula hari ini setelah menjalani kerja-kerja naik taraf dan penggantian lantai kolam renang utama dan kolam terjun yang ditutup sejak Ogos tahun 2024.   Proses menaik taraf telah disempurnakan oleh pihak pemaju pada November 2024, manakala pemantauan berkala […]

MBJB TANGANI ISU ANJING LIAR SECARA MAMPAN

  #JohorBahru – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) komited tangani isu anjing liar secara mampan menerusi pelaksanaan Program Kembiri Anjing Liar di kawasan pentadbirannya pada 7 dan 8 Januari ini.   Bagi tujuan tersebut, MBJB menerima kerjasama daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan melibatkan tajaan serta sumbangan bernilai RM142,000 berupa keperluan ubatan, vaksin makanan […]

MPBP PERKENAL INISIATIF PENDIGITALAN PERKHIDMATAN

  #BatuPahat – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melaksanakan transformasi dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam di dalam kawasan pentadbirannya dengan memperkenalkan tiga inisiatif pendigitalan bagi memacu agenda bandar pintar menjelang tahun 2030.   Inisiatif baharu tersebut adalah aplikasi ‘JomParking’ yang menjadi alternatif kepada kupon parkir fizikal dengan integrasi sistem ‘Go Force’ dan ‘GoPayy’ […]

ANAK JOHOR DINOBAT IKON BAHASA MELAYU NEGARA

  #IskandarPuteri – Lim San Shien, Duta Perpaduan Johor melakar satu lagi sejarah apabila dinobatkan sebagai Ikon Bahasa Melayu Negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Majlis Apresiasi Anugerah Citra DBP yang berlangsung baru-baru ini. San Shien, 24, aktivis pemimpin belia dipilih sebagai ikon bahasa selepas beliau berjaya menunjukkan kecemerlangan yang menakjubkan dalam bidang […]

MDT ARAH HENTI KARNIVAL LANGGAR SYARAT

  #IskandarPuteri – Majlis Daerah Tangkak (MDT) mengambil tindakan tegas dengan menurunkan struktur berbentuk kapal angkasa ulang alik mempunyai pelekat bendera negara China di Karnival Fantasi Lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak pada 26 Disember lalu.   Tindakan tersebut diambil selepas siasatan dilakukan MDT yang mendapati penganjur tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival susulan […]

HARI TERBUKA TAMAN BAYU DAMAI 2024 MERIAH

  #Pengerang – Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Terbuka Taman Bayu Damai 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi.   Program anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan juga untuk meraikan hampir 3,000 penduduk dari tujuh kampung di kawasan Pengerang yang telah […]

BATU PAHAT MENUJU BANDAR PINTAR, RENDAH KARBON 2030

  #BatuPahat – Penganjuran Hari Bebas Kenderaan yang mendapat sambutan masyarakat menterjemahkan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) memacu agenda pembangunan bandar pintar serta memupuk gaya hidup sihat.   Program tersebut menjadi sebahagian daripada pelan strategik MPBP ke arah mencapai tahap kedua pengiktirafan Bandar Pintar melalui kerangka pembangunan rendah karbon bagi mentransformasi Batu Pahat […]

KESIAPSIAGAAN SOUTHERN VOLUNTEERS DI TAHAP TERTINGGI

  #IskandarPuteri – Pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) kini dalam mod bersedia untuk memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam menghadapi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) di negeri yang sudah bermula sejak November lalu.   Pasukan sukarelawan ini akan memainkan peranan dalam membantu agensi yang terlibat secara langsung dengan mangsa banjir seperti menghulurkan bantuan […]

TAKLIMAT LAPORAN RCI BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN

  Telah berlangsungnya Sesi Taklimat Bagi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, selaku wakil rasmi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.   Sesi taklimat khusus anjuran Kerajaan Negeri berlangsung […]