ATM BANTU PERGERAKAN CALON SPM KE SEKOLAH

  Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram bertindak menyelaraskan pergerakan 37 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berserta dua pengawas peperiksaan ke sekolah dengan selamat, selamat.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan kehadiran calon dan pengawas peperiksaan ke pusat peperiksaan […]

JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR AKTIF BILIK GERAKAN BENCANA

  Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana di semua daerah di negeri ini, sebagai persediaan membantu usahawan tani terjejas banjir.   Selain itu, hebahan talian hotline bilik gerakan tersebut juga sudah dilakukan lebih awal pada tahun ini, di semua platform media sosial jabatan dan Pejabat Pertanian Daerah bagi memudahcara permohonan bantuan.   […]

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TITIP PESANAN KEPADA PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR

  Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani menitipkan pesanan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor supaya sentiasa berusaha memajukan diri dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.   Pesanan tersebut dititipkan dalam ucapannya pada Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih Pegawai Kewangan Negeri Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.   […]

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BERSARA WAJIB AKHIRI KHIDMAT BAKTI

  Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan mengakhiri khidmat baktinya, hari ini, apabila bersara wajib selepas 31 tahun dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.   Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir pada 1 April 1992 di Pejabat Tanah Segamat dan kemudiannya telah diberikan tanggungjawab menggalas 13 jawatan lain di pelbagai jabatan.   Kenangan […]

ISKANDAR MALAYSIA CATAT RM409.5 BILLION PELABURAN TERKUMPUL

  Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan terkumpul bernilai RM409.5 bilion sepanjang tempoh 17 tahun penubuhannya iaitu sejak 2006 hingga September 2023.   Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memaklumkan pencapaian berkenaan melepasi sasaran RM383 bilion ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025.   Prestasi cemerlang itu berikutan […]

JAKOA NEGERI JOHOR AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 130 KIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengagihkan 130 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli yang terjejas banjir di Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan agihan dilakukan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Mersing dan agensi keselamatan.   Kesemua KIR dari KOA Punan dan KOA Tewowoh menerima bantuan […]

JOHOR – SARAWAK KONGSI KEPAKARAN DAN PENGALAMAN

  Kerajaan Johor komited meneroka teknologi, inovasi dan sistem baharu bagi membina lebih banyak infrastruktur berimpak tinggi serta berdaya tahan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan usaha tersebut amat signifikan terutama dalam membantu usaha meningkatkan kualiti prasarana di negeri ini.   Bagi tujuan itu, beliau telah […]

PENGERUSI FELDA PUJI USAHA KERAJAAN JOHOR

  Ikhtiar Kerajaan Johor dalam memastikan peneroka FELDA di negeri ini, menerima geran hak milik tanah mendapat pujian.   Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas komitmen memberikan hak milik kepada peneroka.   Sehingga kini, Kerajaan Johor sudah membantu 27,132 daripada 27,642 peneroka untuk menerima geran hak milik […]

312 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 1 TERIMA HAK MILIK TANAH

  Terpancar raut wajah penuh kesyukuran dan kegembiraan 312 generasi kedua FELDA Tenggaroh 1, Mersing apabila menerima hak milik tanah masing-masing untuk membangunkan kediaman sendiri sekali gus mengakhiri penantian selama empat tahun.   Penyampaian hak milik berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Bangunan (Rumah Kediaman) Generasi Kedua […]

BANJIR : SPM, STPM DI JOHOR DIJADUALKAN SEPERTI BIASA

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Tahun 2023 di negeri ini, akan berjalan seperti dijadualkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam satu kenyataan memaklumkan tiada cadangan dan keperluan untuk peperiksaan awam itu ditangguhkan setakat ini.   Beliau memberitahu sembilan […]