ORANG SEGAMAT MEMANG PADU!


Seramai hampir 8,000 pengunjung hadir bagi mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ketika Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Segamat. | Foto Facebook Hairi Md Shah

 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor berjaya menarik hampir 8,000 pengunjung ke kaunter mereka bagi mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ketika Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Segamat pada Sabtu lalu.

 

Angka tersebut sekali gus menjadikan kira-kira 15,000 penduduk Segamat telah mengemas kini maklumat di dalam sistem PADU dan secara tidak langsung menyaksikan daerah tersebut mencatatkan peratusan pendaftaran tertinggi di negeri ini, sejak dilancarkan pada awal bulan ini.

 

YBrs. Mazreha Ya’akub, Pengarah DOSM Johor berharap penerangan yang diberikan semasa jelajah berkenaan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai kepentingan mengemas kini maklumat peribadi masing-masing di dalam sistem PADU.

 

Langkah itu amat signifikan sebagai penggerak utama transformasi sosioekonomi daerah selain memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor