PIPC TERUS JADI PILIHAN PELABUR
Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) menerima pelaburan hampir RM140 bilion sekali gus mencapai 90 peratus sasarannya, setakat fasa pertengahan pelaksanaan Pelan Induk PIPC (2012-2037). Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan pembangunan PIPC di Pengerang juga mampu mencipta sehingga 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030. […]
