PENGAKTIFAN SEMULA SESAR MERSING PUNCA GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT

  #IskandarPuteri – Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.2 di Segamat, semalam, dikenal pasti berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing berikutan tekanan tektonik dari sistem serantau. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan kedudukan Malaysia yang terletak di atas Plat Sunda secara relatifnya stabil, namun masih menerima kesan tekanan daripada Jalur Subduksi Sunda terletak di […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA JENTERA CANGGIH BAIKI ‘POTHOLE’

  #IskandarPuteri – Usaha Johor untuk terus menyediakan sistem jaringan jalan raya yang berkualiti tinggi dan mampan terus diperkasakan apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal menggunakan dua unit jentera berteknologi tinggi JCB Pothole Pro dari Staffordshire, United Kingdom bagi mempercepat kerja dan memperkemas proses tampalan jalan berlubang atau ‘pothole’.   Dengan […]

PALSGAARD RANCANG TAMBAH PELABURAN LEBIH RM100 JUTA DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Palsgaard Malaysia Sdn. Bhd. selaku syarikat peneraju global dalam pengeluaran penstabil dan emulsi makanan dari Denmark merancang untuk menambah pelaburan antara RM100 hingga RM120 juta bagi memperluaskan fasiliti pembuatan sedia ada di Kawasan Industri SILC.   Memulakan operasi pada tahun 2013 dengan pelaburan hampir RM200 juta, Palsgaard yang kini berkapasiti pengeluaran 20,000 […]

JOHOR BUSINESS SUMMIT & EXPO 2025 HIMPUN USAHAWAN DARI 10 NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 bakal menjadi platform bertaraf antarabangsa yang akan menghimpunkan penyertaan delegasi dari 10 negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Kanada dan Kemboja.   Penganjuran expo berkenaan yang julung kali oleh Kerajaan Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama Kotler Impact […]

ETS3 HUBUNGKAN KUALA LUMPUR – JOHOR BAHRU NOVEMBER INI

  #IskandarPuteri – Perluasan projek Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) berada pada landasan tepat selaras dengan perancangan dan menuju ke arah rangkaian penuh dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru menjelang November ini.   Bagi memperkukuh rangkaian berkenaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menerima 10 set tren baharu ETS3 yang bakal memastikan kapasiti dan […]

MET MALAYSIA NASIHAT ORANG RAMAI TIDAK PANIK SUSULAN GEMPA BUMI LEMAH

  #IskandarPuteri – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya tidak panik susulan gempa bumi lemah di negeri ini, termasuk satu kejadian baharu yang berlaku pagi tadi berikutan laporan analisis menunjukkan gegaran adalah pada magnitud rendah.   Orang ramai juga diminta tidak bimbang kerana skala gempa bumi terutama di Semenanjung Malaysia adalah kecil […]

KEMPEN ‘HENTIKAN BULI’ DIPERLUAS KE SAKJ

  #Tangkak – Kerajaan Negeri Johor menggesa supaya kempen ‘Hentikan Buli’ yang kini sedang dilaksanakan di negeri ini turut diperluaskan ke semua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) serta ia perlu dilakukan secara berterusan demi membendung budaya negatif itu daripada terus menular.   Inisiatif yang dibawakan oleh Kerajaan Negeri ini akan turut dilaksanakan di semua peringkat […]

JOHOR SMART CITY FORUM 2025 HIMPUN NEGARA ASEAN

  #Kulai – Johor terus memperkukuh agenda menuju ke arah sebuah negeri maju dan juga peneraju bandar pintar menjelang tahun 2030 dengan menganjurkan Johor Smart City Forum (JSCF) 2025 yang bakal menghimpunkan penyertaan antarabangsa khususnya membabitkan negara-negara anggota ASEAN.   Buat pertama kalinya, JSCF 2025 membuka ruang kerjasama serantau dengan penyertaan delegasi dari Indonesia, Filipina, […]

KERAJAAN JOHOR CADANG TAMBAH LOKASI PERKHIDMATAN TEKSI RENTAS SEMPADAN

  #Kluang – Kerajaan Negeri sedang merangka cadangan penambahan beberapa lokasi untuk mengambil dan menurunkan penumpang bagi perkhidmatan teksi rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.   Usaha tersebut bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti serta keselesaan pengguna perkhidmatan tersebut memandangkan teksi atau kenderaan berlesen ‘sewa dan pandu’ dari Malaysia hanya dibenarkan menurunkan penumpang di Rochor Road, Singapura, […]

GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT, JAUHI STRUKTUR TIDAK KUKUH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bersama pelbagai agensi berkaitan kini memantau dengan teliti kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.1 magnitud pada jam 6.13 pagi tadi, di kawasan Segamat.   Susulan kejadian tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor juga telah berhubung dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat bagi mendapatkan […]