GANGGUAN BEKALAN AIR TIADA KAITAN DENGAN PEMBANGUNAN PUSAT DATA

  #IskandarPuteri — Gangguan bekalan air yang berlaku di Simpang Renggam dan Benut dikenal pasti berpunca daripada situasi kemarau berpanjangan serta penyusutan paras sumber air mentah dan bukan disebabkan pembangunan pusat data.   Selain itu, tiada sebarang pusat data yang beroperasi di kedua-dua kawasan berkenaan, sekali gus menafikan dakwaan yang mengaitkan gangguan bekalan air dengan […]

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR KE-25 AKHIRI 31 TAHUN PERKHIDMATAN CEMERLANG

  #JohorBahru – Selepas 31 tahun menabur bakti, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor ke-25 menamatkan perkhidmatan bersama Kerajaan Negeri berkuat kuasa 12 Februari lalu.   Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 16 Jun 1995, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di tujuh jabatan sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor pada 1 […]

JOHOR PASTIKAN BAZAR LEBIH TERSUSUN, SELESA DAN MESRA RAKYAT

  #IskandarPuteri — Kerajaan Johor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri terus memperkukuh pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2026 bagi memastikan peluang rezeki bermusim kekal menjadi milik rakyat tempatan, selain penganjuran juga akan dilaksanakan secara lebih tersusun, adil dan berjiwa rakyat.   Bagi membela peniaga kecil dan menangani tekanan kos sara hidup, Kerajaan Johor […]

KUIH BULAN BUATAN MUSLIM SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN MASYARAKAT CINA

  #JohorBahru – Jika sebelum ini kuih bulan atau ‘moon cake’ amat sinonim dengan masyarakat Cina terutama sekali ketika menyambut Tahun Baharu Cina, namun kini hidangan lazat berkenaan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang beragama Islam.   Ini kerana kuih bulan yang kebiasaannya boleh didapati pada akhir Ogos hingga akhir September ketika Festival […]

“KATA-KATA BOSS TENANGKAN KAMI MENJELANG PERLAWANAN” – NATXO INSA

  #IskandarPuteri – Kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan juara Liga 1 Jepun, Vissel Kobe menyaksikan Harimau Selatan berjaya menempah tempat ke Pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) buat musim kedua berturut-turut.   Gol tunggal perlawanan menerusi Marcos Guilherme pada minit ke-74 disambut meriah dan gegak gempita lebih 31 ribu penyokong Merah […]

CUACA PANAS DAN PENYUSUTAN SUMBER AIR PUNCA GANGGUAN BEKALAN

  #IskandarPuteri — Kerajaan Negeri menolak tohmahan dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan kononnya gangguan bekalan air di Simpang Renggam, Kluang dan Benut, Pontian dengan pembangunan pusat data adalah tidak benar sama sekali.   Ia berdasarkan fakta bahawa tiada sebarang pusat data yang menerima bekalan air dari Simpang Renggam dan Benut, selain kedua-dua […]

USAH PANIK DENGAN TIBI, SAMBUT TAHUN BAHARU CINA DENGAN SEDERHANA

  #IskandarPuteri — Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, masyarakat Johor khususnya di daerah Kota Tinggi dan Pontian dinasihatkan supaya tidak bimbang terhadap penularan penyakit Tuberkulosis (Tibi) kerana situasi semasa masih kekal terkawal dan terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa kesihatan.   Kerajaan Johor bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh pemantauan serta mengambil langkah pencegahan […]

PARAS EMPANGAN NEGERI JOHOR TERUS DIPANTAU RAPI

  #IskandarPuteri – Status semasa paras takungan empangan di seluruh Negeri Johor menunjukkan situasi terkawal dengan pemantauan berterusan terus dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta agensi lain yang berkaitan.   Sehingga jam 11.45 pagi hari ini, beberapa empangan utama merekodkan paras aktif melebihi 90 peratus antaranya Empangan Seluyut (96.50 peratus); Empangan Segamat […]

RUMAH KASIH JOHOR BERI SINAR BUAT AHAD SAMBUT RAMADAN

  #BatuPahat – “Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,”. Itu reaksi spontan daripada Ahad Haron, 52, sebaik menerima Rumah Kasih Johor yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).   Katanya, inisiatif perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri itu bukan sahaja bakal memberi keselesaan kepada keluarganya, tetapi juga […]

JOHOR TIDAK KOMPROMI ISU KEBERSIHAN, BUANG SAMPAH KECIL

  #IskandarPuteri – Johor tidak berkompromi terhadap isu kebersihan awam apabila hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dilaksanakan bagi kesalahan membuang sampah kecil sebagai langkah mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.   Setakat ini, lima individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing telah disabitkan kesalahan membuang sampah kecil termasuk puntung rokok serta botol plastik sekali gus […]