JAKOA, JPN JALIN KERJASAMA BANTU ORANG ASLI MILIKI MYKAD

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor bagi membantu masyarakat Orang Asli di negeri ini, memiliki kad pengenalan.   Pengarah JAKOA Negeri Johor, Faisal Long berkata, inisiatif tersebut dapat membantu masyarakat Orang Asli untuk membuat urusan dokumentasi yang pelbagai seperti mendapatkan lesen […]

SEKTOR HARTANAH DI JOHOR SEMAKIN RANCAK

  JOHOR BAHRU –– Sektor hartanah di Negeri Johor dilihat semakin rancak susulan berlaku perkembangan positif di dalam penurunan jumlah rumah tidak terjual. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata jumlah tersebut mencatatkan lebih 2,000 penurunan berbanding isu yang sama dihadapi oleh sektor berkenaan sejak beberapa tahun lalu.   “Februari tahun lalu, lebih daripada 16,000 […]

SASAR PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN DALAM 5 TAHUN

    JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menyasarkan penempatan semula setinggan di sekitar bandar raya ini, dalam tempoh lima tahun.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, terdapat lebih 8,000 rumah setinggan melibatkan 79 penempatan di Johor Bahru, pada ketika ini.   “Kita nak sasarkan penurunan kepada 3,000 dalam tempoh 5 tahun dari 8,000 […]

FASILITI KESIHATAN UZUR DI PEKAN NANAS DALAM PERHATIAN KERAJAAN NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus memberikan perhatian terhadap fasiliti kesihatan uzur di negeri ini, demi keselesaan rakyat.   Terbaharu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan ke fasiliti kesihatan di Pekan Nanas, dekat Pontian.   Dua fasiliti yang dikunjungi adalah Klinik Kesihatan (KK) Pekan Nanas dan Pusat Kesihatan […]

KERAJAAN JOHOR SERIUS PERANGI AJARAN SIHULK

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat Sihulk sebagai usaha memerangi fahaman yang telah difatwakan sesat sejak 2021.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jawatankuasa itu melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Polis Diraja […]

BIOCON RANCANG TAMBAH PELABURAN, JADI PENGELUAR INSULIN TERBESAR DUNIA

  ISKANDAR PUTERI — Syarikat biofarmaseutikal terkemuka di Asia dari India, Biocon merancang menambah pelaburan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, perancangan berkenaan jika direalisasikan menjadikan fasiliti mereka sebagai pengeluar insulin terbesar di dunia.   “Jumlah peluang pekerjaan berkualiti yang bakal ditawarkan kepada […]

KERAJAAN JOHOR, PAJ SERTA PBT JALIN KERJASAMA PERKASA BMJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Awam Negeri Johor (PAJ) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jalin kerjasama memperkasa perkhidmatan bas percuma menerusi Majlis Menandatangni Dokumen Perjanjian Bas Muafakat Johor (BMJ) di Renaissance Hotel, Johor Bahru, pada Selasa.   Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook PAJ, kerjasama itu bagi menjadikan mod pengangkutan awam sebagai […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED LINDUNGI KANAK-KANAK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri mengadakan Program Latihan Pasukan Sokongan Kanak-Kanak sebagai inisiatif bagi memberi pendedahan mengenai Hak dan Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Berkaitan Kanak-kanak, Psikologi berkaitan Kanak-kanak serta memahami kanak-kanak generasi masa kini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata seramai 38 peserta yang terdiri daripada ketua kampung, […]

TINDAKAN PANTAS BERJAYA ELAK PROVOKASI LEBIH BURUK

  JOHOR BAHRU — Tindakan pantas pihak pengurusan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri membawa keluar penyokong bertindak di luar kawalan pada perlawanan akhir Piala FA 2023, berjaya mengelak kejadian provokasi lebih buruk.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tindakan yang wajar sekiranya […]

KELAB MEDIA JOHOR DISARAN AKTIF KEUSAHAWANAN, KOPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengesyorkan Kelab Media Johor dengan keahlian di kalangan pengamal media di negeri ini, untuk terlibat secara serius dalam sektor keusahawanan dan gerakan koperasi.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, langkah berkenaan bagi membolehkan kelab yang sudah berusia […]