‘INFLUENCERS WORLD CUP 2025’ SELARI ASPIRASI JOHOR SPORT NATION

  #IskandarPuteri – Penganjuran ‘Influencers World Cup 2025’ yang menghimpunkan pempengaruh, pencipta kandungan digital dan personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia, menyerlahkan keupayaan negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa seiring dengan aspirasi Johor Sport Nation 2030.   Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bukan sahaja menyaksikan ‘influencer’ […]

ETS3 BUKA PINTU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI DAERAH KLUANG

  #Kluang – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) dari Kuala Lumpur ke Kluang yang telah bermula pada 30 Ogos itu mampu memberi impak perubahan besar kepada pembangunan daerah ini, terutama dari segi potensi untuk mencipta lebih banyak peluang ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat.   Majlis peluncuran perkhidmatan ETS3 ke Kluang yang diserikan dengan keberangkatan […]

JAINJ, PDRM DIARAH SIASAT VIDEO AJARAN SESAT BATU PAHAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius penularan video mengenai ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat, baru-baru ini, yang tidak boleh dipandang ringan kerana menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.   Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk segera melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan siasatan terperinci mengikut undang-undang, jelas […]

VBC 2025 MEDIUM PENYATUAN IPT SELURUH NEGARA

  #JohorBahru – Varsity Boules Championship (VBC) 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) serta Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh negara berlangsung selama lima hari bermula 26 Ogos 2025 di dua venue sekitar Johor Bahru.   Kejohanan sukan berprestij ini menghimpunkan tiga acara utama iaitu acara Petanque dan Boling […]

PERKHIDMATAN ETS3 BANTU MUDAHKAN PERJALANAN

  #Kluang – Pelancaran perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) dari Kuala Lumpur ke Kluang yang dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 23 Ogos lalu disambut dengan penuh keterujaan oleh penduduk tempatan.   Bagi Azizah Zainal Abidin, Ketua Blok Kluang, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kluang, beliau sememangnya tidak sabar untuk […]

PENGAKTIFAN SEMULA SESAR MERSING PUNCA GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT

  #IskandarPuteri – Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.2 di Segamat, semalam, dikenal pasti berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing berikutan tekanan tektonik dari sistem serantau. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan kedudukan Malaysia yang terletak di atas Plat Sunda secara relatifnya stabil, namun masih menerima kesan tekanan daripada Jalur Subduksi Sunda terletak di […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA JENTERA CANGGIH BAIKI ‘POTHOLE’

  #IskandarPuteri – Usaha Johor untuk terus menyediakan sistem jaringan jalan raya yang berkualiti tinggi dan mampan terus diperkasakan apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal menggunakan dua unit jentera berteknologi tinggi JCB Pothole Pro dari Staffordshire, United Kingdom bagi mempercepat kerja dan memperkemas proses tampalan jalan berlubang atau ‘pothole’.   Dengan […]

PALSGAARD RANCANG TAMBAH PELABURAN LEBIH RM100 JUTA DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Palsgaard Malaysia Sdn. Bhd. selaku syarikat peneraju global dalam pengeluaran penstabil dan emulsi makanan dari Denmark merancang untuk menambah pelaburan antara RM100 hingga RM120 juta bagi memperluaskan fasiliti pembuatan sedia ada di Kawasan Industri SILC.   Memulakan operasi pada tahun 2013 dengan pelaburan hampir RM200 juta, Palsgaard yang kini berkapasiti pengeluaran 20,000 […]

JOHOR BUSINESS SUMMIT & EXPO 2025 HIMPUN USAHAWAN DARI 10 NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 bakal menjadi platform bertaraf antarabangsa yang akan menghimpunkan penyertaan delegasi dari 10 negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Kanada dan Kemboja.   Penganjuran expo berkenaan yang julung kali oleh Kerajaan Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama Kotler Impact […]

ETS3 HUBUNGKAN KUALA LUMPUR – JOHOR BAHRU NOVEMBER INI

  #IskandarPuteri – Perluasan projek Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) berada pada landasan tepat selaras dengan perancangan dan menuju ke arah rangkaian penuh dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru menjelang November ini.   Bagi memperkukuh rangkaian berkenaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menerima 10 set tren baharu ETS3 yang bakal memastikan kapasiti dan […]