HOSPITAL PASIR GUDANG REKOD KELAHIRAN 18 BAYI SEJAK MULA BEROPERASI

#IskandarPuteri – Hospital Pasir Gudang (HPG) merekodkan seramai 18 orang bayi telah selamat dilahirkan setakat 15 Januari lalu, sejak hospital berkenaan mula beroperasi pada penghujung tahun 2025.   Kelahiran yang direkodkan mencerminkan kesiapsiagaan HPG dalam menyediakan perkhidmatan perubatan komprehensif khususnya bagi ibu dan bayi sekali gus menjadi permulaan positif kepada pengoperasian hospital baharu ini.   […]

JOHOR TERIMA PERUNTUKAN RM116.22 JUTA KESUMA KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat negeri menerusi peruntukan berjumlah RM116.22 juta bagi memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja serta ekosistem pekerjaan.   Peruntukan tersebut merangkumi pembiayaan latihan dan pembangunan kemahiran yang dirangka secara bersasar bagi memastikan tenaga kerja tempatan kekal relevan, berkemahiran tinggi […]

RIANLON CORPORATION LABUR RM1.27 BILION BANGUNKAN FASILITI DI TANJUNG LANGSAT

#PasirGudang – Rianlon Corporation, syarikat peneraju global dalam bidang polimer anti-penuaan dan kosmetik, membuat pelaburan bernilai RM1.27 bilion menerusi pembinaan kilang pembuatan serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Tanjung Langsat.   Projek yang dilaksanakan dalam dua fasa ini dijangka mewujudkan kira-kira 300 peluang pekerjaan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal termasuk jawatan jurutera serta […]

JOHOR SOKONG KEMBALIKAN UPSR DAN PT3 SERTA WUJUD AKTA PERLINDUNGAN GURU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menzahirkan sokongan terhadap keperluan mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagai penanda aras utama bagi menilai pencapaian akademik murid secara lebih jelas serta tersusun.   Pendekatan ini dilihat penting dalam membantu guru, ibu bapa dan pihak sekolah memahami tahap penguasaan pembelajaran murid sekali gus […]

PROJEK JALAN PINTAS MUAR-SEGAMAT SIAP FEBRUARI 2027

  #IskandarPuteri – Projek pembinaan jalan pintas baharu bagi mengurangkan kesesakan trafik antara Muar, Tangkak dan Segamat kini mencatat kemajuan sebanyak 66.19 peratus sekali gus bakal meningkatkan kelancaran pergerakan di kawasan terlibat.   Dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027, laluan ini juga berpotensi memendekkan masa perjalanan dari Muar ke Segamat tanpa melalui bandar Tangkak dan […]

KAPASITI AIR DAN ELEKTRIK MENCUKUPI, PELABURAN TIDAK JEJAS BEKALAN RAKYAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor memberi jaminan bahawa kapasiti bekalan air dan elektrik negeri kekal mencukupi serta tidak terjejas walaupun kemasukan pelaburan strategik semakin rancak khususnya di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Keperluan asas rakyat terus menjadi keutamaan dengan setiap pelaburan berskala besar hanya dipertimbangkan selepas melalui penilaian teknikal yang ketat bagi melindungi bekalan […]

LARKIN SENTRAL DIPERKASA SEBAGAI NADI PENGANGKUTAN SELATAN TANAH AIR

  #IskandarPuteri – Larkin Sentral terus diperkasakan sebagai nadi pengangkutan utama di selatan tanah air menerusi penyediaan tiga kaedah pembelian tiket yang lebih tersusun, lancar dan mesra pengguna.   Pendekatan bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri memastikan aspek keselesaan, kecekapan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan agar setiap perjalanan rakyat bermula dengan lebih yakin, teratur […]

UTM KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT JS-SEZ MENERUSI ‘WALK WITH ME’

#IskandarPuteri – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuhkan peranan sebagai pemacu pembangunan bakat negeri menerusi Program ‘Walk With Me’ bersama TalentCorp sebagai sebahagian daripada agenda strategik melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Menerusi inisiatif ini, seramai 91 pelajar tahun akhir dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti […]

JOHOR KUKUH HUBUNGAN STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor bakal menganjurkan Hari Antarabangsa Al-Azhar peringkat kebangsaan pada tahun ini, menerusi Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sebagai komitmen memperkukuh hubungan strategik bersama Universiti Al-Azhar, Mesir.   Komitmen berkenaan turut diperkasa dengan beberapa cadangan strategik yang dikemukakan antaranya mengembalikan pengiktirafan program 3+2 bagi memastikan laluan akademik lebih tersusun dan berkualiti […]

JAMBATAN BAHARU PONTIAN KECHIL SIAP HUJUNG BULAN INI

  #IskandarPuteri – Projek pembinaan jambatan baharu Pontian Kechil yang merupakan antara infrastruktur penting di Negeri Johor kini mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 94 peratus setakat Disember lalu.   Projek penggantian jambatan lama di Sungai Pontian Kechil bermula Januari 2023 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada hujung bulan ini, selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri memperkukuhkan rangkaian infrastruktur […]