KERAJAAN JOHOR PERKUKUH BEKALAN AIR LRA LOK HENG, HADAPI MUSIM KEMARAU
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan keupayaan Loji Rawatan Air (LRA) Lok Heng bagi memastikan bekalan air kepada penduduk di Gugusan Felda Lok Heng dan Gugusan Felda Waha kekal terjamin, terutama ketika berdepan keadaan cuaca panas dan kering sejak akhir-akhir ini. Antara usaha yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Ranhill […]
