AFIQ FAZAIL PEMAIN BOLA SEPAK PERTAMA DINOBAT OLAHRAGAWAN JOHOR

  #JohorBahru – Sejarah tercipta apabila Muhammad Afiq Fazail diumumkan sebagai pemain bola sepak pertama merangkul gelaran Olahragawan Johor pada Majlis Anugerah Sukan Johor ke-31, semalam.   Pemilihan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku olahragawan negeri tahun 2024 itu mengiktiraf peranannya sebagai tonggak utama Harimau Selatan dan keunggulan sebagai atlet penuh disiplin dan […]

RAKYAT MALAYSIA DISERU BERSATU PERTAHAN MARUAH BOLA SEPAK NEGARA

  #IskandarPuteri – Rakyat Malaysia diseru untuk berdiri teguh bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam memperjuangkan dan membela maruah bola sepak negara di peringkat antarabangsa.   DYAM Pemangku Sultan Johor tidak wajar dibiarkan bersendirian dalam isu melibatkan kepentingan pasukan kebangsaan, sebaliknya seluruh rakyat mesti bersatu hati dalam mempertahankan Harimau Malaya daripada sebarang […]

JOHOR JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN KRIKET MSSM 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan Kriket Johor melakar kejayaan apabila muncul Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 19 September di Padang Awam Guntong, Terengganu.   Kejayaan Pasukan Kriket Johor menyaksikan mereka mendominasi acara Bawah 18 Tahun (B18) selaku juara, manakala skuad Bawah 12 Tahun (B12) pula […]

JMR RAIH PODIUM DI OKAYAMA

  #IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) melakar kejayaan manis pada pusingan ke-10 siri GT World Challenge Asia selepas meraih podium di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun.   Kejayaan berkenaan disumbangkan oleh YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor yang bergandingan dengan Alexander Sims, pemandu profesional dari Britain.   Pada sesi kelayakan, […]

JOHOR HAT-TRICK JUARA KRIKET T20 WANITA BAWAH-19 TAHUN KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan Wanita Johor dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kriket Antara Negeri Persatuan Kriket Malaysia (MCA) T20 Wanita Bawah-19 Tahun 2025 apabila menewaskan Perak dengan kemenangan bergaya lapan wiket pada perlawanan akhir di Bayuemas Oval, Klang, semalam.   Selaku penyandang juara, Johor konsisten menunjukkan penguasaan di sepanjang kejohanan dan meneruskan momentum positif hingga ke […]

‘INFLUENCERS WORLD CUP 2025’ SELARI ASPIRASI JOHOR SPORT NATION

  #IskandarPuteri – Penganjuran ‘Influencers World Cup 2025’ yang menghimpunkan pempengaruh, pencipta kandungan digital dan personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia, menyerlahkan keupayaan negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa seiring dengan aspirasi Johor Sport Nation 2030.   Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bukan sahaja menyaksikan ‘influencer’ […]

VIPER CHALLENGE PILIH JOHOR SEBAGAI LOKASI TETAP

  #IskandarPuteri – Viper Challenge, acara perlumbaan sukan halangan terbesar Asia Tenggara melakar sejarah baharu apabila menjadikan Iskandar Puteri sebagai lokasi tetap di selatan tanah air dan dijenamakan semula sebagai Viper Challenge Johor 2025 dibawakan Tourism Johor.   Penganjuran acara oleh MUSE Group yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos ini, mensasarkan penyertaan lebih […]

JMR GALAS CABARAN DI PERLUMBAAN SUZUKA 1000

  #IskandarPuteri – YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor bakal menggalas cabaran Johor Motorsports Racing (JMR) ke perlumbaan berprestij Suzuka 1000 yang akan berlangsung di Jepun pada 12 hingga 14 September ini.   Penyertaan dalam perlumbaan kali ini […]

CABARAN LUAR BIASA JDT DALAM ACLE 2025/2026

  #IskandarPuteri – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berhadapan cabaran getir dan sengit selepas diundi bersama kelab dari Jepun, China, Thailand dan Australia dalam saingan peringkat Liga Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) 2025-2026.   Skuad Harimau Selatan bakal mengharungi lapan perlawanan melibatkan Shanghai Port, Shanghai Shenhua, Vissel Kobe dan Machida Zelvia […]

JDT DAKAP PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH KE-10

  #IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim membuktikan ‘jurang’ antara dua seteru utama bola sepak negara masih ‘terlalu dalam’ apabila mudah mengenepikan cabaran Selangor FC 3-0, sekali gus merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2025/2026 buat kali ke-10 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.   Seawal wisel permainan ditiupkan, Harimau Selatan tidak menunggu […]