DEWAN NEGERI JOHOR TIDAK DIBUBAR HARI INI, TERUSKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT

Dewan Negeri Johor tidak akan dibubarkan buat masa ini dan semua ADUN diminta terus memberi fokus terhadap agenda pembangunan serta kebajikan rakyat berbanding spekulasi Pilihan Raya Negeri (PRN). | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor tidak akan dibubarkan buat masa ini dan semua Ahli Dewan Negeri (ADUN) diminta untuk terus memberi tumpuan terhadap agenda pembangunan serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Sebaliknya, desas desus spekulasi mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diketepikan terlebih dahulu memandangkan masih banyak program dan inisiatif yang perlu dilaksanakan demi kepentingan Bangsa Johor.
Selain itu, kesemua 56 wakil rakyat turut disaran supaya terus bekerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing tanpa terlalu memikirkan soal politik dan pilihan raya.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#DewanNegeriJohorKe15
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



