FSAJ PROMOSI MERSING SEMPENA TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

Festival Sukan Agensi dan Jabatan (FSAJ) Negeri Johor di Mersing menjadi antara pengisian utama kempen Tahun Melawat Johor 2026. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Mersing – Penganjuran Festival Sukan Agensi dan Jabatan (FSAJ) Negeri Johor yang telah berlangsung di daerah Mersing merupakan sebahagian daripada pengisian utama bagi menyemarakkan kempen Tahun Melawat Johor 2026.
Dua acara baharu diperkenalkan iaitu sukan bola tampar pantai dan sepak takraw menjadikan sebanyak tujuh acara utama yang dipertandingkan dalam festival kali ketiga ini.
Kesemua acara berlangsung serentak di lima venue pertandingan bagi mempromosikan Mersing, melibatkan lebih 500 penjawat awam dari seluruh daerah sekali gus menjadi platform mengukuhkan silaturahim serta semangat kerja berpasukan.
Selain itu, majlis penutup FSAJ 2026 bertemakan ‘Luminous Night’ berlangsung meriah apabila gimik acara pemadaman obor sebagai simbolik penutup festival diikuti percikan bunga api ‘Mesmerising Mersing’ menerangi langit malam di perkarangan Dataran Monumen Mersing.
Kontinjen daerah Johor Bahru selaku juara bertahan melakar sejarah apabila muncul Johan keseluruhan buat kali kedua berturut-turut, membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 berserta piala pusingan yang disampaikan oleh YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor.
Hadir sama, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan YB Dato’ Mohd. Noorazam Dato’ Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#FSAJ2026
#MesmerisingMersing
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



