ISU AIR DI KAMPUNG MURNI JAYA DIJANGKA SELESAI TAHUN INI


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor menyantuni penduduk sekitar Kampung Murni Jaya, Kulai. | Foto Facebook Mohd Jafni Md Shukor

 

Penduduk di sekitar Kampung Murni Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila isu gangguan bekalan air yang membelenggu masyarakat terbabit sejak sekian lama boleh dianggap selesai.

 

Ia selepas tindakan proaktif Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh dalam menyelesaikan isu kemudahan asas terbabit.

 

Sehubungan itu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi kerja penggantian paip lama, sekali gus dapat menyelesaikan permasalahan itu.

 

Selain itu, tindakan susulan juga akan diambil oleh pihak Ranhill SAJ yang turut mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan tangki air tambahan dan juga menghantar lori tangki air bergantung kepada permintaan penduduk setempat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor