DATA PERIBADI PADU SENTIASA DILINDUNGI


Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin (kiri) dan Pengarah Perangkaan Negeri Johor, Mazreha Ya’akub (kanan) semasa Majlis Mesyuarat Kick-Off Statistik dan Data Negeri Johor, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu takut untuk melengkapkan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) memandangkan data peribadi mereka sentiasa dilindungi.

 

Ini kerana aspek keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan memandangkan pembangunan sistem tersebut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

 

Sehingga kini, seramai 123,844 rakyat Johor sudah melengkapkan pendaftaran PADU sejak ia mula dilancarkan pada 2 Januari lalu.

 

Sistem PADU dibangunkan bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem tersebut.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor