JOHOR RAIH DUA PENGIKTIRAFAN KEBANGSAAN STPM 2025

Tan Yu Jie, pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian, dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan Aliran Sains dalam peperiksaan STPM 2025. | Foto FB Jabatan Pendidikan Negeri Johor
#IskandarPuteri – Johor menerima dua pengiktirafan utama dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 apabila Tan Yu Jie, pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan bagi Aliran Sains.
Selain itu, kecemerlangan turut diraih Kolej Tingkatan Enam Pontian apabila mengharumkan nama negeri selepas menerima Anugerah Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan bagi kategori Kolej Tingkatan Enam.
Pada masa sama, seramai 3,436 calon atau 96.63 peratus layak menerima sijil STPM 2025 dengan Johor merekodkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.94.
Lebih memberangsangkan, seramai 136 calon berjaya memperoleh PNGK 4.00 manakala 413 calon mencatat PNGK 3.75 ke atas serta 1,285 calon pula mencapai PNGK 3.00 ke atas.
Prestasi calon yang lulus penuh empat mata pelajaran turut meningkat kepada 80.73 peratus berbanding 77.91 peratus pada tahun lalu.
Pencapaian tersebut mencerminkan usaha berterusan pelajar, guru, ibu bapa dan seluruh warga pendidikan dalam memperkukuh kecemerlangan akademik di negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, menzahirkan ucapan tahniah kepada semua calon STPM 2025 atas pencapaian mereka serta berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih besar pada masa hadapan.
#JohorSafeZone
#STPM2025
#JohorLeads
#PendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


