SIASATAN MENYELURUH TRAGEDI PARIT SULONG DEMI KEADILAN SEMUA PIHAK

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Nur Aini Umairah Mohd Fareez dan meninjau lokasi kejadi di SK Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat. | Foto FB Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil berhubung tragedi yang mengorbankan adik Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, baru-baru ini.

 

Pendekatan itu mencerminkan keyakinan Kerajaan Negeri terhadap sistem perundangan dan profesionalisme pihak berkuasa dalam memastikan setiap aspek kejadian berkenaan akan diteliti secara terperinci demi menegakkan keadilan kepada mangsa serta semua pihak terlibat.

 

Difahamkan, tertuduh kini telah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan kematian seorang murid perempuan akibat kemalangan jalan raya di hadapan sekolah berkenaan.

 

Selain itu, pada masa sama, tragedi berkenaan turut menjadi peringatan penting kepada semua pihak mengenai keperluan memperkukuh aspek keselamatan di kawasan sekolah termasuk kawalan lalu lintas, pemantauan pergerakan murid serta kesedaran pengguna jalan raya.

 

Justeru bagi maksud itu, Kerajaan Negeri juga akan melancarkan Kempen Sekolah Selamat pada Jun ini bagi memastikan keadaan persekitaran persekolahan sentiasa dalam keadaan selamat demi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Nur Aini Umairah Mohd Fareez dan meninjau lokasi kejadi di SK Seri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, baru-baru ini.

 

#JohorSafeZone
#KempenSekolahSelamat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor