SPR TETAP 11 JULAI HARI MENGUNDI PRU DN JOHOR KE-16

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Negeri Johor (DUN).

 

#IskandarPuteri – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Negeri Johor (DUN).

 

Ketetapan itu diumumkan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Pengerusi SPR, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRU DN Johor Ke-16 yang diadakan di Putrajaya hari ini.

 

Turut ditetapkan ialah 27 Jun 2026 sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai 2026.

 

Dengan penetapan tersebut, tempoh berkempen bagi PRU DN Johor Ke-16 adalah selama 14 hari, bermula selepas selesai proses penamaan calon pada 27 Jun 2026 sehingga jam 11.59 malam pada 10 Julai 2026.

 

SPR turut memaklumkan daftar pemilih yang akan digunakan bagi pilihan raya kali ini mengandungi seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih wakil rakyat di 56 kawasan DUN di seluruh Johor.

 

Dalam perkembangan berkaitan, SPR memaklumkan urusan permohonan undi pos bagi semua kategori pemilih yang layak telah dibuka sejak 5 Jun lalu. Tarikh tutup permohonan bagi Kategori 1A yang melibatkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media adalah pada 24 Jun 2026.

 

Bagi Kategori 1B yang melibatkan warganegara Malaysia yang menetap di luar negara serta Kategori 1C yang melibatkan agensi atau organisasi, tarikh tutup permohonan telah ditetapkan pada 19 Jun 2026.

 

PRU DN Johor Ke-16 diadakan susulan pembubaran Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

 

#JohorSafeZone
#PRUDNJohor2026
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor