Tag Archive for: anwar ibrahim

KAMPUNG PARIT KEROMA, SKPK MUAR DIPILIH KAMPUNG SERTA SEKOLAH ANGKAT MADANI

  #IskandarPuteri – Kampung Parit Keroma dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Muar, dekat Muar dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI serta Sekolah Angkat MADANI di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).   Bagi memastikan pelbagai program dirancang dapat dilaksanakan, peruntukan sebanyak RM1.1 juta telah disalurkan oleh kerajaan sekali gus menjayakan inisiatif yang dilancarkan […]

ISKANDAR MALAYSIA RAIH RM41.4 BILION PELABURAN KOMITED

  #IskandarPuteri – Wilayah pembangunan Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan komited bernilai RM41.4 bilion pada tahun 2024, meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun sebelumnya, sekali gus menjadikannya sebagai nilai pelaburan tertinggi yang pernah diraihnya sejak koridor ekonomi itu diwujudkan.   Daripada jumlah signifikan itu, pelaburan yang telah direalisasikan berjumlah RM26.7 bilion, manakala […]

PERDANA MENTERI UCAP TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI

  Kejayaan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengurus seterusnya memacu kemajuan dan pembangunan negeri dengan baik mendapat pengiktirafan daripada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.   Malah beliau berkeyakinan dengan pelaksanaan beberapa agenda penting termasuklah Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED ATASI ISU KEKURANGAN PARKIR HSA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa proaktif dalam mengatasi cabaran kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru demi keselesaan pesakit dan pelawat ke hospital berkenaan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, isu kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan antara yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Datuk […]

KSP RMK12: KERAJAAN DENGAR SUARA JOHOR

  Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) meliputi 17 anjakan utama dan 71 inisiatif utama yang dibentangkan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam, menghadirkan ‘berita gembira’ dan limpahan manfaat kepada Negeri Johor terutama melibatkan sektor kesihatan.   Bertemakan Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi, KSP RMK12 telah […]

NEGARA KEHILANGAN SEORANG TOKOH : PERDANA MENTERI

  PONTIAN — Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan seorang tokoh dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.   Ahli Parlimen Tambun itu berharap sifat penyayang dan rahmah yang ditonjolkan serta dedikasikan oleh Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram […]

MENTERI BESAR, EXCO KERAJAAN JOHOR BUAT KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PM

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.   Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Johor.   Dalam pertemuan itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan terhadap isu melibatkan negeri ini. […]

PEKERJA MAINKAN PERANAN PENTING REALISASI HASRAT KERAJAAN NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Warga pekerja sebagai ‘barisan hadapan’ mempunyai tugas dan peranan signifikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan kemakmuran Johor dinikmati bersama.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, peranan dimainkan kumpulan itu sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi juga sangat […]

1,520 PSPA SERTAI MISI PASCA BANJIR JOHOR

    ISKANDAR PUTERI — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Majlis Pelepasan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Negeri Johor di Dataran Bulatan Putra Perdana, Putrajaya.   Pasukan PSPA yang terdiri daripada 1,520 penjawat awam yang terdiri daripada kakitangan semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan dari seluruh negara itu […]

PERUNTUKAN KHAS BAIK PULIH INFRASTRUKTUR AWAM, HARTA BENDA : SULTAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, berharap Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan khas selepas bencana banjir di negeri ini, berakhir.   Titah baginda Tuanku Sultan, peruntukan khas itu bagi membaikpulih infrastruktur awam serta harta benda yang rosak dan musnah akibat banjir.   “Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada […]