Tag Archive for: Segamat

PERANCANGAN, TINDAKAN AWAL MENDEPANI BANJIR DI SEGAMAT

  Mengambil iktibar daripada bencana yang berlaku sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat bertindak proaktif meningkatkan kesiap siagaan bagi menghadapi musim tengkujuh, terutama Monsun Timur Laut (MTL).   Jawatankuasa terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi itu sudah melaksanakan tindakan awalan seperti yang dirancang bagi mengurus dan mengawal banjir daripada menjadi lebih serius di […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN ORANG ASLI TIDAK TERCICIR

  Kerajaan Johor terus komited memastikan masyarakat Orang Asli di negeri ini, tidak tercicir dalam agenda pembangunan dilaksanakan sejajar dengan hasrat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Bagi tujuan tersebut, Kampung Orang Asli (KOA) Putting di Segamat telah dipilih melaksanakan projek rintis KOA Sejahtera Peringkat Negeri Johor melibatkan peruntukan berjumlah RM300,0000 bagi […]

KERAJAAN JOHOR HULUR BANTUAN MANGSA KEBAKARAN SMK SERI KENANGAN

  ISKANDAR PUTERI — Prihatin dengan nasib pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan, dekat Segamat, yang terlibat dengan kejadian kebakaran, Kerajaan Johor menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersetuju memberikan bantuan dua pasang pakaian sekolah […]

KERAJAAN NEGERI MAHU JOHOR BERSIH JADI BUDAYA, RUTIN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam menggembeling segala usaha melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan program Johor Bersih di seluruh negeri ini, termasuklah Segamat.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri menyampaikan dana berjumlah RM59,000 kepada setiap Ketua Kampung dan RM16,000 bagi Ketua Masyarakat di daerah berkenaan.   Menyempurnakan penyampaian dana tersebut adalah […]

BRAJ@BATU ANAM TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) diteruskan ke Segamat sebagai usaha Kerajaan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penawaran harga berpatutan bagi komoditi terpilih.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, BRAJ di Segamat yang merupakan siri ke-29 telah dianjurkan […]

TOURISM JOHOR ANJUR DURIAN RETREAT BERSAMA MEDIA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor menganjurkan program lawatan suai kenal ‘Majestic Johor Durian Retreat’ Bersama Media di Segamat pada 22 dan 23 Jun lalu.   Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, program ‘famtrip’ sempena musim ‘raja buah’ itu merupakan inisiatif bagi merancakkan pelancongan negeri ini, dengan mempromosikan Segamat sebagai destinasi durian […]

BANK RAKYAT SUMBANG SET PAM AIR

  ISKANDAR PUTERI — Bank Rakyat menyumbang set pam air beserta kelengkapan sempena Program Kebersihan dan Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok, dekat Segamat pada Ahad.   Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor, set pam berserta kelengkapan itu disumbangkan bagi kegunaan mengepam air ke tangki utama sekiranya sistem bekalan paip […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED PASTIKAN KAMPUNG ORANG ASLI TIDAK KETINGGALAN

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip hadir ke mesyuarat penyelarasan Program Rintis Kampung Orang Asli Sejahtera Negeri Johor. | Sumber foto: Facebook Dato’ Zahari Sarip.   ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited memastikan kampung Orang Asli di negeri ini, tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.   […]

UTHM DIIKTIRAF SEBAGAI 10 PUSAT LATIHAN PENSIJILAN TERBAIK

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan dari ‘Certiport Authorized Testing Center’ sebagai 10 pusat latihan terbaik yang menawarkan program latihan pensijilan di Malaysia.   Pengiktirafan tersebut diberikan melalui anugerah ‘Top 10 Malaysia’s Certiport Authorized Testing Centre’ (CATC) sempena ‘The Micro-Credentials Education Summit 2023’ (MCES) yang diadakan pada 1 Jun […]

DTRC SEGAMAT FASILITI KITAR SEMULA PANDU LALU KEDUA DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) Segamat menjadi fasiliti kedua diwujudkan di negeri ini, bagi memudahkan masyarakat menghantar barangan kitar semula secara kaedah pandu lalu.   Perasmian DTRC tersebut yang terletak di Bangunan Astaka Bola Sepak, Jalan Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat […]