EXCO KERAJAAN JOHOR BERTEMU MENTERI KDN


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon bersama Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengadakan kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail | Sumber Facebook Ah Soon.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

Turut bersama dalam kunjungan tersebut adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

 

Tian Soon memaklumkan beliau bersama Ka Siong membawa beberapa isu kewarganegaraan kepada Menteri.

 

“Selama ini, Kami telah membantu banyak kes dan berjaya mendapatkan kerwarganegaraan.

 

“Akan tetapi masih mempunyai beberapa kes yang masih belum selesai selepas beberapa tahun.

 

“Kami berharap YB Menteri dapat memberi perhatian ke atas kes ini dan menbantu,” katanya menerusi siaran Facebook rasminya.

 

Tian Soon berkata, selain itu, isu di pintu sempadan Tambak Johor dihadapi Bangsa Johor juga dibawa ke pengetahuan Menteri.

 

“Pengoperasian dan penyelengaraan pintu masuk dan pengurusan imigresen di bawah jagaan Kementerian Dalam Negeri.

 

“Tambak Johor merupakan pintu sempadan yang kedua paling sibuk di dunia dan ia perlu diutamakan,” katanya.

 

Beliau turut mengajak Saifuddin membuat tinjauan selain bersama melakukan penambahbaikan pintu sempadan dengan menaiktaraf fasiliti sedia ada.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor