MENTERI BESAR JOHOR MELAWAT HSI


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meninjau kerja menaik taraf bangunan dan infrastruktur hospital tersebut | Sumber Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meninjau kerja menaik taraf bangunan dan infrastruktur hospital tersebut.

 

Menurut beliau, Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM670,000 bagi kerja menaik taraf bangunan dan infrastruktur HSI pada tahun lalu.

 

Ia melibatkan RM500,000 menaik taraf kawasan tempat letak kereta; RM95,000 penggantian bumbung polycarbonate serta kerja berkaitan serta RM75,000 membekal kerusi berangkai di ruang menunggu.

 

“Saya berpuas hati dengan status kerja menaik taraf kawasan tempat letak kereta di dalam kawasan hospital, dan ia dijangka siap akhir bulan Januari.

 

“Tahniah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor kerana melaksanakan amanah dengan baik.

 

“Walau bagaimanapun, masih banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi maksud kesejahteraan rakyat Johor,” katanya menerusi siaran dalam Facebook rasminya.

 

Onn Hafiz berkata, beliau telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon untuk terus membuat pemantauan.

 

“Insha Allah kerajaan negeri akan berbincang bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengenai keperluan-keperluan lain demi keselesaan kakitangan, pesakit dan pelawat di HSI,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor