FESTIVAL USAHAWAN NUSANTARA 2023 SATUKAN USAHAWAN NUSANTARA
Festival Usahawan Nusantara (FUN) 2023 berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Arena Larkin) bermula 2 hingga 5 November ini, menyaksikan penyertaan 90 pempamer terdiri usahawan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Dengan jangkaan kira-kira 40,000 pengunjung termasuk dari negara jiran, Singapura, festival ini menjadi akses kepada pasaran baharu untuk usahawan memasar dan menjual produk atau perkhidmatan masing-masing.
Festival ini turut menjadi platform terbaik pengeluar industri halal negara terutama dari Johor untuk mempromosi dan menggalakkan pasaran pengguna halal di dalam dan luar negara.
Pelbagai kluster perniagaan berkaitan dengan halal disatukan antaranya makanan, kosmetik, logistik, pendidikan, perkhidmatan, perbankan patuh syariah dan lain-lain.
Hadir menyempurnakan perasmian Festival Usahawan Nusantara (FUN) 2023 adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dato’ Mohd Noorazam Osman; Konsulat General Kedutaan Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto; Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd., Mohd Radzi Mohd Amin.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor