GOLDEN GOAL BAWA KOREA POLO KE SEPARUH AKHIR

Keputusan tersebut melengkapkan saingan peringkat awal JSCPT 2026, kejohanan polo berhandikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia yang menghimpunkan barisan pemain bertaraf dunia. | Foto Johor Southern Tigers
#IstanaPasirPelangi – Korea Polo menundukkan Digital Bridge 8-7 menerusi ‘golden goal’ pada chukka ketujuh selepas kedua-dua pasukan terikat hingga tamat chukka keenam dalam aksi terakhir peringkat awal Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 di Royal Johor Polo Club (RJPC), Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Pertembungan sengit ini menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan sepanjang permainan sebelum Korea Polo memperoleh jaringan kemenangan pada chukka tambahan untuk menoktahkan perlawanan.
Keputusan tersebut melengkapkan saingan peringkat awal JSCPT 2026, kejohanan polo berhandikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia yang menghimpunkan barisan pemain bertaraf dunia termasuk DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Saingan kini memasuki fasa lebih mencabar apabila empat pasukan terbaik bakal berentap di separuh akhir bagi merebut dua slot ke perlawanan akhir kejohanan berprestij ini.
Temasek bakal berdepan Korea Polo dalam separuh akhir pertama pada jam 10.30 pagi, manakala Royal Johor dijadual menentang JCorp pada jam 3 petang, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung esok.
Peminat polo di seluruh dunia boleh menyaksikan kesemua aksi separuh akhir secara langsung menerusi PoloLine.TV ketika persaingan JSCPT 2026 semakin menghampiri kemuncaknya.
#JohorSuperCrown2026
#PoloTournament2026
#RoyalJohorPoloClub
#LegacyInMotion
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


