HARGAI KEPRIHATINAN, KERJASAMA YRZSNJ : EXCO PENDIDIKAN JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh mengadakan perbincangan bersama pihak YRZSNJ, PTPTN Negeri Johor, JPNJ dan BPENJ. | Foto ihsan Facebook Norliza Noh

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menghargai keprihatinan dan kerjasama erat Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dalam agenda pemerkasaan pendidikan di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelbagai inisiatif pendidikan direncanakan dan dalam pelaksanaan pihak yayasan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

 

“Antara inisiatif yang dibentangkan dan dibincangkan adalah berkenaan Insentif Tokoh Murid, Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS), Kelas Bestari Bangsa Johor dan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kementerian Pendidikan Singapura yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya menerusi Facebook rasminya pada Selasa.

 

Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim; Pengarah Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor, Mazni Ruslan dan Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad.

 

Selain itu, hadir sama, Penolong Setiausaha Kanan (Bahagian Pemantauan Dan Penilaian Program Kesejahteraan Rakyat), Muhammad Saufee Abdul Shukor serta Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), Nur Farahin Zahiriddin.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor